Anda di sini

1,408 pokok ditanam sempena Kempen ‘1 Heart, 1 Tree’

Advertisement
 Alijus dan Indra bergambar dengan statistik terkini jumlah pokok yang ditanam.
PELIHARA KEHIJAUAN: Alijus dan Indra bergambar dengan statistik terkini jumlah pokok yang ditanam.

TAWAU: Sebanyak 1,408 pokok telah ditanam sekitar perbandaran Tawau sempena Kempen ‘1 Heart, 1 Tree’ yang dilancarkan di sini, kelmarin.

Pelancaran disempurnakan bersama oleh Hakim Mahkamah Sesyen Indra Ayub dan Presiden Majlis Perbandaran Tawau Alijus Sipil.

Program itu diadakan bersempena Kempen Penanaman 1 Juta Pokok seluruh Sabah yang telah bermula awal tahun ini.

Menurut Indra program itu diharap akan dapat memberi kesedaran kepada seluruh lapisan masyarakat untuk menyokong program berkenaan sebagai langkah memelihara persekitaran hijau di daerah ini dan negeri ini amnya.

Sementara itu, Alijus berharap program itu akan mencapai sasarannya untuk penanaman sejuta pokok di seluruh Sabah.

MPT menyokong penuh usaha seperti ini kerana ia amat penting dalam usaha kita memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pemeliharaan alam sekitar,” katanya.

Katanya orang ramai sebenarnya boleh terlibat sama dengan memaklumkan jumlah pokok yang ditanam untuk dimasukkan ke dalam statistik MPT.

Sehingga kini bagi seluruh Sabah, sebanyak 836,379 pokok telah ditanam dan usaha ke arah itu masih berterusan untuk mencapai sasaran sejuta pokok.

Advertisement