Anda di sini

Tuah pemancing Singapura

Advertisement
 Pasukan dari Singapura yang menyewa bot ‘Star Fish 3’ bersama hasil tangkapan mereka memenangi kedudukan tangga pertama hingga ke-14.
JUARA: Pasukan dari Singapura yang menyewa bot ‘Star Fish 3’ bersama hasil tangkapan mereka memenangi kedudukan tangga pertama hingga ke-14.

   14 pemancing negara itu duduki tangga pertama hingga ke-14 dalam pertandingan di Miri. 

MIRI: Seramai 14 pemancing dari negara Singapura mencipta sejarah pada pertandingan memancing laut dalam di negeri ini apabila mereka muncul pemenang sekali gus menyapu bersih hadiah dari tangga pertama hingga ke-14.

Semua pemancing terbabit kebetulan berada atau menyewa sebuah bot dinamakan 'Star Fish 3' untuk pertandingan tersebut, berasa bertuah kerana berada di lokasim yang amat tepat dan menjadi tumpuan ikan-ikan besar.  

Ng Cher How muncul juara Pertandingan Memancing Laut Dalam Antarabangsa, Bandar Raya Miri Ke-10 setelah berjaya mendaratkan ikan kertang seberat 61.68 kilogram (kg).

Kemenangan itu sekali gus membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM20,000, peralatan memancing dan sijil dalam kategori individu.

Sementara naib juara Lee Keng Ho juga berjaya menaikkan ikan kertang seberat 49.48kg membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000 serta peralatan memancing dan sijil.

Tempat ketiga Doreen Ang turut menaikkan ikan jenis kertang seberat 46.54kg membawa hadiah wang tunai RM3,000 serta peralatan memancing dan sijil.

Tempat keempat Tan Poh Seng berjaya mendaratkan kerapu seberat 37.70kg membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500 manakala kelima Tan Kim Kuan berjaya memancing kerapu seberat 23.54kg membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000.

Manakala sembilan pemenang lain (dari tangga keenam hingga kesembilan) juga dari Singapura berjaya mendaratkan ikan seberat 18.62 hingga 13.44kg, ikan merah masing-masing memenangi hadiah sagu hati berupa wang tunai RM800 serta peralatan memancing dan sijil.

Kecuali Ma Yong Li yang berada di kedudukan ke-15, satu-satunya peserta dari China mendaratkan amberjack seberat 12.78kg memenangi hadiah sagu hati wang tunai RM800 serta peralatan memancing dan sijil.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin pada penutupan di sini malam kelmarin.

  • oleh
  • Advertisement