Anda di sini

Syarahan perdana bidang sains sosial dapat sambutan menggalakkan

Advertisement
 Fatimah menerima buku sebagai cenderamata daripada Hew (tiga kiri) selepas menghadiri syarahan perdana daripada beliau. Turut kelihatan Kadim (dua kiri), Fadzil (kiri), Neilson (tiga kanan) serta tetamu jemputan lain.
TERIMA KASIH: Fatimah menerima buku sebagai cenderamata daripada Hew (tiga kiri) selepas menghadiri syarahan perdana daripada beliau. Turut kelihatan Kadim (dua kiri), Fadzil (kiri), Neilson (tiga kanan) serta tetamu jemputan lain.

KOTA SAMARAHAN: Syarahan perdana Profesor Dr Hew Cheng Sim, pensyarah daripada Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) semalam mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar universiti awam dan swasta dalam bidang berkenaan.

Berlangsung di Dewan Syarahan Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS) UNIMAS, syarahan perdana itu dihadiri Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah serta Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohd Kadim Suaidi.

Para pelajar yang terlibat termasuk universiti swasta tempatan pada syarahan itu didedahkan dengan pembentangan bertajuk ‘Melaksanakan Penyelidikan Jantina di Sarawak’ oleh Hew.

Antara syarahan yang dibentangkan beliau mengenai ‘Penyelidikan Wanita dan Hubungan Gender di Sarawak’, ‘Transformasi Sosial di Sarawak’, ‘Penghijrahan Sebagai Satu Proses Bergender’ serta ‘Migrasi Wanita Bandar dan Perubahan Dalam Keluarga’.

Faedah penyelidikan beliau adalah termasuk pembangunan dan jantina, urbanisasi, perkahwinan, keluarga dan kerja dengan menumpukan kumpulan di Sarawak.

Sementara itu Penasihat Khas Persatuan Sains Sosial Malaysia Profesor Emeritus Datuk Dr Abdul Rahman Embong dalam perutusannya berkata, Sarawak bakal mendapat keuntungan daripada kebijaksanaan dan pemahanan yang diperolehi daripada penyelidikan.

Tambahan katanya, ia dapat digunakan untuk input dasar terutama dalam aliran utama pembangunan  negeri ini.

Bagi anak muda di universiti seperti UNIMAS dan Fakulti Sains Sosial, syarahan ceramah perdana seperti ini merupakan simbolik kepada pencapaian dan testimoni.

Ia merupakan satu tradisi akademik yang kuat yang mesti dihargai dan diperkukuhkan dengan universiti dan fakulti,” katanya melalui teks yang dibacakan Dekan Fakulti Sains Sosial UNIMAS Profesor Madya Dr Neilson Ilan Mersat.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UNIMAS Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman.

Advertisement