Anda di sini

Mana tahan! Isteri cedera layan nafsu suami

Advertisement

KUCHING: Seorang isteri membuat laporan polis apabila terpaksa mendapatkan rawatan di bahagian sulitnya akibat kecederaan selepas dipaksa suaminya melakukan hubungan seks sepanjang dua malam pada hari berbeza.

Menurut sumber insiden berlaku sekitar hujung bulan lepas namun mangsa hanya membuat laporan berhubung kejadian semalam kerana tidak tahan menanggung kesakitan.

Difahamkan kejadian berlaku di Taman Semariang, di sini apabila mangsa, 46, turut mendakwa suaminya mengugut membunuhnya sekiranya mangsa mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

"Mangsa terdahulunya dikatakan diugut akan dibunuh jika mempunyai hubungan dengan lelaki lain sebelum suaminya yang dalam keadaan marah terus memaksanya melakukan hubungan seks sepanjang malam menyebabkan mangsa mengalami kesakitan di bahagian sulitnya.

"Suami mangsa dikatakan mengulangi perbuatan tersebut beberapa hari kemudian menyebabkan mangsa terpaksa membuat laporan polis kerana memerlukan rawatan di hospital," kata sumber.

Difahamkan, siasatan lanjut pihak polis berhubung kejadian tersebut masih dijalankan.

  • oleh
  • Advertisement