Anda di sini

‘Peraduan Maggi Jom Masak & Menang’ kembali lagi

Advertisement
 Manyin (tiga kanan) memasukkan borang penyertaan ke dalam kotak sebagai simbolik pelancaran peraduan. Turut kelihatan Dave (dua kiri) dan Razif (kanan) serta tetamu lain.
LANCAR: Manyin (tiga kanan) memasukkan borang penyertaan ke dalam kotak sebagai simbolik pelancaran peraduan. Turut kelihatan Dave (dua kiri) dan Razif (kanan) serta tetamu lain.

Ganjaran lebih besar menanti termasuk sebuah Isuzu D-Max

KUCHING: Maggi, jenama global yang diiktiraf dan menjadi sebutan ramai kembali menganjurkan ‘Peraduan Maggi Jom Masak & Menang’ dengan ganjaran lebih besar sempena Gawai tahun ini.

 Majlis pelancaran peraduan telah berlangsung di CityOne Megamall di sini semalam dan disempurnakan oleh Menteri Belia, Sukan dan Solidariti, Dato Sri Michael Manyin Jawong.

 Turut hadir, Pengurus Besar Cawangan Nestle Sarawak, Dave Bawa dan Pengurus Kilang Maggi Kuching, Abdul Razif Mohd Nurin.

 Dalam ucapan ringkasnya, Manyin berkata masyarakat Dayak berbangga dengan pembabitan Maggi untuk menyemarakkan lagi kemeriahan Festival Gawai di negeri ini.

 “Maggi yang merupakan salah satu jenama produk di bawah Nestle telah banyak menyokong program-program yang diadakan sempena Festival Gawai di negeri ini.

 “Peraduan ini bukan yang pertama kali diadakan dan saya ingin berterima kasih kepada Maggi atas usaha berterusan dalam memberi nilai tambah kepada pengguna di Sarawak,” katanya.

 Mengulas lebih lanjut mengenai peraduan ini, Dave berkata ia akan bermula pada 1 Mei hingga 30 Jun 2017 sempena Festival Gawai tahun ini.

 Pemenang utama katanya akan membawa balik Isuzu D-Max (3.

0 V Cross AT), manakala pemenang tempat kedua dan ketiga masingmasing akan memenangi baucar Senheng yang bernilai RM5,000 dan RM3,000.

 Selain itu, MAGGI katanya turut menawarkan hadiah mingguan berupa perkakasan elektronik dan gajet seperti peti sejuk SHARP, tablet berjenama 120GB, telefon pintar Samsung C9 Pro dan televisyen pintar UHD TOSHIBA 49 inci sepanjang dua bulan tempoh peraduan.

 “Peraduan ini adalah sebagai ganjaran daripada Maggi kepada pelanggan setia yang telah menyokong kejayaan Maggi sehingga ke hari ini,” katanya.

 Dalam pada itu, setiap orang berpeluang untuk menang peraduan ini dengan hanya tiga langkah mudah, beli produk Maggi dan sertakan bukti pembelian bersama borang peraduan dan hantarkan ke kotak peraduan Maggi di mana-mana kedai berdekatan.

 Sepanjang tempoh peraduan ini, beberapa siri jerayawara yang menampilkan pelbagai aktiviti menyeronokkan turut diadakan di mana pengunjung akan dapat melihat hadiah utama yang dipamerkan.

 Maggi dalam pada itu juga mengumumkan inovasi terkini Maggi Hot Mealz yang telah dilancarkan pada April tahun ini dengan menampilkan dua perasa iaitu Maggi Hot Mealz Kari Laksa Ayam dan Maggi Hot Mealz Kari Kaw Kaw.

 Rakyat Sarawak juga berpeluang menikmati varian terkini mi Maggi-Maggi Roastes Chicken Sesame pada Mei depan yang mengandungi sup ayam dengan aroma minyak bijan.

 Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini, orang ramai boleh melayari laman web www.maggi.com.my atau www.facebook.com/MaggiMalaysia.

Advertisement