Anda di sini

Pemimpin harus fahami kehendak, aspirasi rakyat

Advertisement
 Tun Taib (duduk kanan) dan Toh Puan Ragad (duduk tengah), Fatimah (berdiri, dua kanan) berehat di sebuah gerai menikmati makanan tradisional Melanau.
REHAT SEBENTAR: Tun Taib (duduk kanan) dan Toh Puan Ragad (duduk tengah), Fatimah (berdiri, dua kanan) berehat di sebuah gerai menikmati makanan tradisional Melanau.

Tun Taib menyifatkan rakyat kini mempunyai keinginan lebih kompleks berbanding suatu ketika dahulu 

MUKAH: Pemimpin harus memahami setiap kehendak dan aspirasi rakyat terutama dalam kalangan generasi baharu.

Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menyifatkan rakyat kini mempunyai keinginan lebih kompleks berbanding suatu ketika dahulu.

Masyarakat sudah lebih kompleks dan begitu juga dengan kehendak dan keinginan generasi baharu, itu perlu difahami oleh pemimpin,” katanya pada Majlis Perasmian Pesta Kaul 2017 di Pantai Kala Dana di sini semalam.

Menurutnya, perhubungan baik antara pemimpin dan rakyat harus dipertahan dan diteruskan, tanpa disedari ia sebenarnya berada dalam adat serta kebudayaan masyarakat sejak dahulu.

Beliau memberi contoh perjumpaan secara tidak formal pada majlis keramaian seperti Pesta Kaul untuk pemimpin dan rakyat bergaul.

Katanya, ini tidak hanya terikat melalui mesyuarat dan pertemuan-pertemuan rasmi yang membolehkan perbincangan diadakan.

Demokrasi tetap diteruskan melalui itu dan pilihan raya hanyalah penentu ukur untuk empat atau lima tahun sahaja di mana aspek paling penting adalah hubungan pemimpin dan rakyat itu sendiri harus dijaga.

Perhubungan antara pemimpin dan rakyat yang baik menentukan keamanan dan keharmonian setiap lapisan masyarakat,” katanya.

Setelah selesai majlis perasmian, Tun Taib meneruskan majlis makan kaul dan berkesempatan melawat gerai-gerai di tapak Pesta Kaul.

Turut hadir isterinya, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib, Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah, Menteri Muda Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh, Ahli Parlimen Mukah Dato Sri Muhammad Leo Toyad serta dif-dif kenamaan lain.

  • oleh
  • Advertisement