Anda di sini

Pemain badminton perlu penting aspek kecergasan

Advertisement

SEREMBAN: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyokong tindakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang menekankan aspek kecergasan seseorang pemain sebelum dibenarkan mewakili negara dalam manamana kejohanan.

 Menterinya , Khairy Jamaluddin berkata kementeriannya telah mencapai persetujuan dengan BAM di mana sistem pemilihan pemain dibuat berdasarkan kepada keputusan ujian kecergasan.

 “Faktor usia tidak menjadi penghalang, sebab kalau tengok (Datuk Lee) Chong Wei, dia masih lagi mempunyai antara tahap kecergasan yang paling tinggi.

 “Jadi bagi saya, kalau mereka masih nak main, mereka mesti beri fokus pada kecergasan,” katanya kepada media selepas merasmikan Dewan Persatuan Badminton Melayu Negeri Sembilan (PBMNS) dan Kejohanan Tertutup PBMNS, di Senawang semalam.

 Katanya, jika pemain tidak melepasi tahap kecergasan yang ditetapkan, mereka tidak akan dipilih mewakili negara bagi kejohanan-kejohanan tertentu.

 Khairy mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, yang juga presiden baharu BAM menyebut dua pemain perseorangan lelaki dan dua beregu wanita berdepan penggantungan tiga kejohanan berikutan gagal ujian kecergasan fizikal kendalian BAM.

 Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PBMNS, Zainal Nasir berkata seramai 227 pemain bertanding dalam kejohanan tertutup itu melibatkan kategori beregu lelaki dan wanita, beregu veteran, perseorangan lelaki bawah 12 dan 15 tahun.

 Katanya, pertandingan tersebut adalah bagi mencungkil bakat-bakat baharu kalangan anak Melayu di negeri itu.

 — Bernama

Advertisement