Anda di sini

Pasukan Kuching FA digesa bangkit

Advertisement

KUCHING: Pengurus Kuching FA, Fazzrudin Abdul Rahman menggesa pemainpemain skuad itu bangkit untuk menewaskan Terengganu City FC apabila kedua-dua pasukan itu bertemu pada perlawanan pertama pusingan kedua Piala FAM 2017 di Stadium Negeri, Petra Jaya petang ini.

 Menurut Fazzudin, dari segi persediaan mental pemain- pemain tampak sudah melupakan kekalahan pada perlawanan lalu dan memberi fokus sepenuhnya memenangi perlawanan petang ini.

 “Saya berharap semua pemain menunjukkan kebangkitan dan mengambil peluang bermain di laman sendiri untuk mengutip kemenangan yang amat diperlukan,” katanya di sini semalam.

 Pada masa sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong itu turut berpuas hati dengan pencapaian skuad itu separuh musim ini.

 Bagaimanapun, beliau berharap semua pemain kembali fokus dan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap perlawanan demi perlawanan.

 Sementara itu, Ketua Jurulatih Kuching FA Shahrizan Sahari membuat membuat sedikit perubahan strategi barisan skuadnya dalam misi membalas dendam terhadap Terengganu City FC.

 “Kita sudah tahu corak permainan lawan dan saya membuat sedikit perubahan strategi untuk menewaskan mereka.

 Sudah tentu, kita tidak mahu keciciran mata di tempat sendiri dan saya optimis kita mampu menewaskan mereka,” katanya.

 Kuching FA kini menduduki tangga kelima Kumpulan B dengan mengutip tujuh mata hasil dua kemenangan dan sekali seri.

 Perlawanan bermula jam 4.15 petang ini.

Advertisement