Anda di sini

IPD Kuching sedia menghadapi PRU14

Advertisement

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching sudah bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dijangka diadakan bila-bila masa sebelum Ogos tahun depan.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai memberitahu kelmarin bahawa unit ‘Light Strike Force’ (LSF) sudah menjalankan persiapan awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Kami sudah menyediakan mereka untuk latihan, seragam mereka, peralatan dan sebagainya, selain memastikan LSF sentiasa dilengkapi peralatan terkini,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di Simpang Tiga di sini, kelmarin.

Selain itu, Abang Ahmad mengumumkan pihaknya menyertai larian 5km yang dianjurkan oleh City Joggers’ Club pada bulan depan.

Sudah tentulah ada kategori lain untuk orang awam. Larian 5km ini adalah untuk PDRM (Polis Diraja Malaysia). Larian ini akan bermula dari MBKS (Majlis Bandaraya Kuching Selatan) pada jam 6 pagi.

Kami sudah menyebar maklumat ini antara kami sendiri, bahawa polis akan berlari bersama orang umum.

Ia adalah untuk kesihatan, kelangsingan dan kecergasan.

Ia menunjukkan bahawa polis sentiasa bersama masyarakat,” katanya.

Beliau berkata ini kali pertama larian dianjurkan PDRM, dan menambah setiap peserta polis akan diberi hadiah manakala penamat terbaik menerima ganjaran sewajarnya.

Beliau memberitahu, satu pertandingan futsal juga dianjurkan untuk PDRM semalam (29 April) sebahagian daripada program langsing dan cergas PDRM.

Esok (semalam) juga akan mengadakan gotong-royong di seluruh negara.

Kempen ini berlangsung buat masa sekarang di IPD serta balai polis lain sebagai satu usaha untuk menjaga kebersihan alam sekitar selain mencegah tapak pembiakan nyamuk aedes.”

Sementara itu, Presiden City Joggers’ Club Chan Boon Teck berkata pendaftaran untuk larian itu ditutup Khamis lepas.

Setakat ini, kami ada kira-kira 1,500 peserta.

Kami ada kategori-kategori 10km, 20km dan 30km, tetapi 5km adalah untuk PDRM,” tambahnya.

Advertisement