Anda di sini

Hari Jantung Wanita 2017 berlangsung meriah

Advertisement
 Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.
SERONOK: Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.
 Pengerusi penganjur Pauline Kon (kanan) mengiringi Juma’ani (dua kanan) yang tiba untuk merasmikan Hari Jantung Wanita 2017.
MESRA: Pengerusi penganjur Pauline Kon (kanan) mengiringi Juma’ani (dua kanan) yang tiba untuk merasmikan Hari Jantung Wanita 2017.

YAYASAN Jantung Sarawak dengan kerjasama Pusat Jantung Sarawak sekali lagi menganjurkan Hari Jantung Wanita 2017 pada 23 April.

 Program tersebut berlangsung di pusat beli-belah tHe Spring di Kuching bermula jam 10 pagi hingga 5 petang.

 Bertemakan “With a Healthy Heart, the Beat Goes On”, program tersebut telah dihadiri oleh isteri Ketua Menteri, Datin Amar Dato Juma’ani Tuanku Bujang.

 Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang berlangsungnya program tersebut termasuk pemeriksaan kesihatan percuma dan pemeriksaan payudara dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.

 Pemeriksaan kesihatan dijalankan oleh kakitangan perubatan dari Pusat Jantung Sarawak termasuk khidmat kaunseling oleh pegawai perubatan.

 Bagi pertandingan mewarna pula, ia dibuka kepada kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dan dibahagikan kepada dua kategori iaitu 7 hingga 9 tahun dan 10 hingga 12 tahun.

 Aktiviti lain termasuk persembahan tarian dan zumba serta sesi yoga.

 Yayasan Jantung Sarawak merupakan sebuah organisasi bukan berkeuntungan yang bergantung kepada sokongan awam bagi mengumpul dana untuk membantu pesakit jantung di Sarawak.

 Yayasan ini turut memainkan peranan untuk mendidik masyarakat mengenai penyakit jantung serta langkahlangkah pencegahan.

 Selain Hari Jantung Wanita, yayasan ini turut menganjurkan pemeriksaan kesihatan di seluruh Sarawak untuk mewujudkan kesedaran di kalangan awam terutama golongan muda mengenai aspek penyakit jantung, pencegahan awal dan kawalan penyakit.

  • oleh
  • Advertisement