Anda di sini

Anak Sarawak jaguh matematik dunia

Advertisement
 (Dari kiri) Najmi dan Jad menunjukkan pingat emas diperolehi mereka.
EMAS MILIK KAMI: (Dari kiri) Najmi dan Jad menunjukkan pingat emas diperolehi mereka.

KUCHING: Sokongan ibu bapa, berdisiplin serta terus fokus menjadi rahsia utama kemenangan dua anak Bumi Kenyalang yang mengharumkan nama Sarawak selepas berjaya meraih pingat emas dalam Pertandingan Matematik Dunia Ke-14 2017 (WMC 2017) yang berlangsung di Manila, Filipina, baru-baru ini.

Murid tahun enam, Jad Haris Sabaruddin dan murid tahun empat, Najmi Asyraaf Abdul Halim yang langsung tidak menyangka kemenangan itu pulang ke tanah air dengan penuh bangga selepas membawa nama negeri ke mata dunia.

Kemenangan itu sekali gus menjadikan Jad dan Najmi sebagai rakyat Malaysia pertama yang memenangi pingat emas di WMC itu.

Masing-masing bersekolah di Maahad Tahfiz Tun Abdul Rahman Yakub (MATTARY) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hassan (SKADHAKH), Jad dan Najmi turut bersama 23 wakil dari Malaysia yang kesemuanya merupakan murid sekolah rendah dari negeri ini.

Lebih manis, selain mereka berdua yang membawa pulang pingat emas, pasukan Sarawak itu juga membawa pulang empat pingat perak dan 18 gangsa dalam pertandingan menguji minda itu.

WMC merupakan pertandingan yang pada asalnya diperkenalkan oleh Sistem Pendidikan Sakamoto yang berpangkalan di Singapura dengan kerjasama Sakamoto Seminar Jepun dan tahun ini menyaksikan Manila, Filipina terpilih menjadi tuan rumah penganjuran pertandingan bertaraf dunia itu.

Jad yang ditemui pemberita berkongsi rahsia kejayaannya dalam pertandingan itu, berkata, kemenangan tersebut bukanlah sesuatu yang percuma, sebaliknya dia berkorban dan berusaha dengan penuh cekal bagi mencapai kejayaan itu.

Latihan berterusan, sokongan daripada kedua-dua ibu bapa saya selain semangat untuk terus bersaing tanpa mengenal kalah, itulah rahsia kejayaan saya.

Advertisement