Anda di sini

Mandur ladang maut dirempuh kenderaan pacuan empat roda

Advertisement
 Kenderaan pacuan empat roda remuk teruk selepas merempuh motosikal mangsa di Kilometer 34 Jalan Lahad Datu - Tungku, kelmarin.
REMUK: Kenderaan pacuan empat roda remuk teruk selepas merempuh motosikal mangsa di Kilometer 34 Jalan Lahad Datu - Tungku, kelmarin.

LAHAD DATU: Seorang mandur ladang maut apabila motosikal yang ditunggangnya dirempuh kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 34 Jalan Lahad Datu - Tungku, kelmarin.

Mangsa, Muhammad Agung Amil Hassan, 47, meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian kepala setelah dirempuh kenderaan jenis Toyota Vigo dari arah Tungku.

Ketua Polis Daerah ACP Hamzah Ahmad berkata kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.20 petang dan siasatan awal menunjukkan pemandu vigo telah hilang kawalan di lokasi kejadian.

“Siasatan awal menunjukkan pemandu vigo telah hilang kawalan sehingga kenderaan yang dipandunya berada di lorong bertentangan lalu merempuh sebuah motosikal dan penunggangnya terhumban lalu mengalami kecederaan di bahagian kepala,” katanya.

Hamzah berkata hasil siasatan juga mendapati kedua-dua mangsa kemalangan tidak mabuk.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) APJ 1987.

Advertisement