Anda di sini

Venezuela tidak endah tekanan kuasa serantau

Advertisement

Umum tarik diri daripada OAS tatkala lebih ramai penunjuk perasaan anti-Maduro terbunuh

 Penyokong pembangkang bertempur dengan pasukan keselamatan semasa perhimpunan anti-Maduro di Caracas, Venezuela kelmarin. — Gambar Reuters
HURU-HARA: Penyokong pembangkang bertempur dengan pasukan keselamatan semasa perhimpunan anti-Maduro di Caracas, Venezuela kelmarin. — Gambar Reuters

CARACAS: Venezuela berkata ia menarik diri dari-pada Pertubuhan Negara-negara Amerika (OAS) ke-rana marah dengan tekanan daripada blok tersebut berhubung cara kerajaan menangani krisis politik yang berdarah.

Pengumuman itu lewat kelmarin meningkatkan lagi ketegangan antarabangsa berhubung Venezuela, di mana pergolakan sudah me-ngorbankan 28 orang pada bulan ini.

Sama seperti Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah, OAS telah mengetuai korus kebimbangan antarabangsa mengenai kemelut ekonomi dan politik di negara peng-eksport minyak yang pen-ting itu.

Berang dengan tekanan tersebut, Menteri Luar Vene-zuela, Delcy Rodriguez, berkata lewat kelmarin kerajaan akan melancarkan proses selama dua tahun untuk menarik diri daripada kumpulan diplomatik serantau yang berpangkalan di Washington itu.

Semalam “kami mengemukakan surat aduan kepada OAS dan kami akan memulakan proses yang akan mengambil masa 24 bulan”, katanya dalam satu ucapan yang disiarkan oleh televisyen.

Beliau melabel OAS satu “pakatan orang campurtangan” yang diketuai Wa-shington.

Presiden Nicolas Maduro tweet “Saya menuntut perpaduan sivik-tentera rakyat dalam pertarungan ini demi kemerdekaan dan keamanan untuk negara kita”.

Setiausaha Agung OAS Luis Almagro menggelar Maduro seorang “diktator” kerana menindas pembangkang.

Kelmarin, majlis tetap 35 negara anggota OAS bersetuju untuk mengadakan mesyuarat menteri luar mereka bagi membincangkan krisis itu – satu keputusan yang sebelum ini mendorong Venezuela untuk mengugut akan keluar dari pertubuhan itu.

OAS menyuarakan kebimbangan mengenai keadaan demokrasi di Venezuela, di mana Maduro menentang tekanan pembangkang untuk menggulingkannya dari kuasa.

Setakat ini pada bulan ini, 28 orang sudah terbunuh dalam protes antikerajaan yang berubah menjadi pertelingkahan dengan polis rusuhan, kata jabatan ketua peguam negara.

Venezuela mengalami kejatuhan ekonomi yang didorong oleh kejatuhan harga antarabangsa bagi eksport minyaknya yang amat pen-ting.

Maduro berkata kekura-ngan dan tunjuk perasaan itu adalah sebahagian daripada komplot yang disokong oleh AS untuk menggulingkannya.

Ketua pembangkang dalam Parlimen Julio Borges memberitahu satu sidang akhbar, protes jalanan selanjutnya dirancang semalam.

Beliau berkata penggubal undang-undang akan meng-adakan sesi mengenai cada-ngan untuk “menyelamatkan demokrasi” dan kemudian berarak ke lokasi di mana salah satu kasualti terkini mati di timur Caracas.

Kematian itu berlaku kelmarin, manakala pasukan keselamatan di tempat lain melepaskan gas pemedih mata, meriam air dan peluru plastik untuk menghalang penunjuk perasaan daripada berarak ke pusat Caracas. Penunjuk perasaan pula melontar batu dan bom minyak.

Kanak-kanak dikeluarkan dari sebuah sekolah untuk menyelamatkan mereka daripada gas pemedih mata, dan guru memegang sapu tangan di atas muka murid.

Menteri Dalam Negeri Nestor Reverol tweet bahawa dua askar dicederakan di Caracas oleh lelaki bersenjata yang menunggang motosikal dan menurutnya “dikontrak oleh pengganas haluan kanan”.

Penyokong Maduro turut mengadakan rapat umum balas.

Kami menyeru kepada pembangkang untuk meninggalkan jalan keganasan,” kata salah seorang penyokongnya, Freddy Gutierrez.

Pembangkang menyalah-kan Maduro bagi kekurangan makanan, ubat-ubatan dan keperluan lain yang buruk di negara minyak itu.

Ia mahukan pilihan raya umum untuk menyelamatkan negara itu daripada krisis tersebut dan mengadakan demonstrasi dengan kerap untuk menekan tuntutan itu.

Saya mahu mati di negara Venezuela yang bebas daripada pemerintahan diktator,” kata seorang penunjuk perasaan, Elizabeth Freites, 77, kepada AFP.

Saya sudah membantah selama hampir sebulan dan saya akan terus menunjuk perasaan sehingga kami keluar dari situasi ini.”

Satu tinjauan baru-baru ini oleh pembuat tinjauan Venebarometro membayang-kan tujuh daripada 10 warga Venezuela menentang Maduro.

Pembangkang dan kerajaan menuduh satu sama lain menghasut keganasan dalam tunjuk perasaan.

Dalam pergolakan tidak sampai sebulan, lebih 400 cedera, dan hampir 1,300 lagi ditangkap, kata peguam negara.

Ini termasuk 14 wartawan yang ditangkap, kata kesatuan mereka Selasa lepas.

Lebih 100 wartawan telah diserang ketika membuat liputan mengenai tunjuk perasaan, tambahnya.

Kumpulan hak asasi manusia Amnesty International menggesa kerajaan menghentikan “penindasan” dan “penahanan sewenang-wenang” penunjuk perasaan. — AFP

Advertisement