Anda di sini

Mati disondol kerbau

Advertisement

Mayat Rini ditemui dalam semak selepas disondol kerbau peliharaannya.

 Mayat Rini ditemui dalam semak di Kampung Meritam pagi semalam.
MAUT: Mayat Rini ditemui dalam semak di Kampung Meritam pagi semalam.

LIMBANG: Misteri kehilangan seorang penternak kerbau sejak dua hari lepas akhirnya terjawab selepas mayatnya ditemui dalam semak akibat disondol (ditanduk) kerbau peliharaannya di Kampung Meritam awal pagi semalam.

Mayat mangsa yang dikenal pasti sebagai Rini Mat Daud, 46,  ditemui oleh rakannya dalam operasi mencari dan menyelamat dalam belukar kira-kira 100 meter dari rumah bapanya jam 10 pagi semalam.

Menurut bapa mangsa Mat Daud,  anaknya dikhuatiri hilang dan tidak pulang ke rumah sejak Selasa lalu selepas menjaga kerbau yang baharu dipelihara dua minggu lepas.

Beliau berkata anaknya banyak menghabiskan masa menjaga kerbau  bagaimapun tidak menyangka kerbau berkenaan menjadi liar sebelum menyondol anaknya.

"Ketika ditemui terdapat tiga tusukan di bahagian perut sebelah kiri mayat anak saya selain terdapat kecederaan di bahagian tangannya akibat ditanduk kerbau," katanya kepada media semalam.

Katanya, Rini merupakan anak ketiga daripada 10 beradik, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.

Jelasnya lagi Rini menghabiskan masa menjaga kerbau sejak usianya 18 tahun lagi.

Sementara itu  Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata satu laporan polis dibuat ahli keluarga mangsa pagi semalam.

Katanya berdasarkan laporan kepada polis mendapati mangsa tidak pulang ke rumah selama dua hari sebelum mayatnya ditemui di kawasan semak di Kampung Meritam.

"Hasil siasatan awal menunjukkan mangsa mati akibat disondol kerbau," katanya lagi.

  • oleh
  • Advertisement