Anda di sini

Tanggungjawab kepada keluarga bukan batu penghalang bantu masyarakat

Advertisement
 Nonnimarlini (tiga kiri) bersama ahli-ahli Biro Kebajikan Bukit Kota melawat pesakit yang uzur.
SIMPATI: Nonnimarlini (tiga kiri) bersama ahli-ahli Biro Kebajikan Bukit Kota melawat pesakit yang uzur.
 Nonnimarlini menyerahkan sumbangan kepada salah seorang warga emas.
CEPAT SEMBUH: Nonnimarlini menyerahkan sumbangan kepada salah seorang warga emas.

TANGGUNGJAWAB sebagai ibu, isteri dan ketua keluarga tidak pernah sesekali dijadikan batu penghalang buat ahli-ahli Biro Kebajikan Bukit Kota dan Skuad Sayang Bukit Kota untuk kerap turun padang menghulurkan bantuan kebajikan kepada mereka yang memerlukan.

 Kehadiran mereka dalam menyuburkan program kebajikan dan kemasyarakatan nyata membawa sinar kegembiraan kepada golongan yang memerlukan dan perlukan perhatian.

 Baru-baru ini Biro Kebajikan Bukit Kota terus turun padang ke beberapa lokasi dan kediaman golongan yang memerlukan dengan menyerahkan sedikit bantuan dan sumbangan sekali gus meringankan beban mereka yang kurang upaya.

 Pengerusi Biro Kebajikan Bukit Kota Nonnimarlini Abdullah berkata program itu diadakan untuk memberi peluang kepada ahli jawatankuasanya mendekati rakyat di peringkat akar umbi melalui penganjuran program berkonsepkan sosial, kebajikan dan kesihatan.

 Katanya, program itu sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mendekati rakyat selain mendengar keluhan dan permasalahan mereka.

 “Pada masa sama program ini dapat merapatkan hubungan dan kerjasama bukan sahaja dengan ahli-ahli jawatankuasa tetapi juga menjalin hubungan dengan penduduk kampung,” katanya.

 Antara aktiviti yang diadakan termasuk penyerahan sumbangan kerusi roda, sumbangan kewangan dan lawatan ke rumah mereka yang uzur dan ke Hospital Limbang.

 Selain itu Nonnimarlini yang juga Pengerusi Skuad Sayang N79 Bukit Kota Limbang bersama skuadnya turut menyerahkan sumbangan keperluan berupa barang makanan dan kewangan kepada keluarga mangsa kebakaran di Kampung Patiambun baru-baru ini.

  • oleh
  • Advertisement