Anda di sini

Pesta Satok di Tebingan Kuching, 27-30 April

Advertisement

KUCHING: Pesta Satok yang memasuki ulang tahun ke-10 penganjurannya, akan menampilkan acara ‘Satok Youth Jazz Nite’, yang merupakan yang pertama di Sarawak di mana para penghibur terdiri daripada kalangan belia sepenuhnya.

Menurut satu kenyataan semalam, pesta itu akan diadakan dari 27 hingga 30 April ini di Tebingan Kuching.

Sekurang-kurangnya enam kumpulan Jazz tempatan dijangka akan mempamerkan bakat masing-masing dalam muzik Jazz pada malam tersebut,” kata kenyataan tersebut.

Acara tahunan itu yang menjanjikan banyak produk dan hiburan kepada orang ramai dan sejak diperkenalkan, Pesta Satok terbukti menjadi pemangkin pertumbuhan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Jumlah peserta festival itu turut meningkat saban tahun dan ia membawa kepada penubuhan Satok Uptown di Dewan Suarah Kuching, iaitu pasar malam berkonsep Uptown pada 2015.

Selain menjadi landasan menjanjikan peluang perniagaan bagi PKS, Pesta Satok turut dijenamakan semula sebagai tarikan untuk sektor pelancongan di Kuching.

Memartabatkan konsep budaya dan warisan setiap tahun, pelbagai persembahan disusun seperti Pertandingan Silat, Pertandingan Hadrah, Gendang Melayu Sarawak, ‘Satok Idol’ dan banyak lagi.

Pesta Satok diharap dapat diiktiraf secara global dan bukan sekadar acara tempatan di Sarawak.

Bagi merealisasikan impian itu, dalam jangka 10 tahun, jawatankuasa penganjur membawa Pesta Satok merentas Laut Cina Selatan dan sehingga kini telah mengadakan Pesta Satok 2013 di Melaka dan Pesta Satok 2015 di Kuala Lumpur.

Advertisement