Anda di sini

Penglibatan orang awam faktor penting kejayaan operasi penguatkuasaan SFC

Advertisement

KUCHING: Penglibatan orang awam dalam kempen memerangi pembalakan haram di negeri ini merupakan faktor penting kejayaan operasi penguatkuasaan yang dijalankan Sarawak Forestry Corporation (SFC).

Perkara itu sekali lagi di-buktikan melalui serbuan terbaharu oleh Pusat Pematuhan Sehenti (OSCC) SFC di Kapit dan Sarikei yang masing-ma-sing menyaksikan rampasan 110.3 meter padu kayu balak dan 309 batang kayu bakau.

Menurut kenyataan dike-luarkan SFC semalam, pegawai penguat kuasa dari OSCC Balleh berjaya mematahkan cubaan menyeludup 50 batang balak pelbagai saiz dan spesies yang diikat bersama rakit di Sungai Sebenuang, Balleh pada Jumaat lepas, hasil maklumat orang awam di Kapit.

Ketika dijumpai rakit kayu balak tidak bertanda tersebut tidak diselia dan dipercayai telah ditebang dari kawasan hutan berhampiran.

Kayu-kayu balak tersebut dianggarkan berjumlah 110.3 meter padu (m3)”, kata SFC dalam satu kenyataan semalam.

Manakala dalam kes ber-asingan pada Sabtu lepas, kumpulan penguat kuasa dari OSCC Sarikei menyerbu sebuah lokasi di tepi jalan berhampiran Kuala Rejang susulan menerima maklumat kecurian bakau yang disyaki berlaku di situ.

Serbuan menemukan 309 batang kayu bakau yang telah disusun dalam beberapa longgokan.

Kesemua kayu bakau tersebut tidak mempunyai tanda rasmi dan kemudiannya disita setelah disahkan tiada lesen pembalakan telah diluluskan di kawasan tersebut,” kata jurucakap SFC.

Kedua-dua kes telah dilaporkan ke balai polis terdekat dan diserahkan kepada pihak berkuasa berkaitan untuk siasatan lanjut dan tujuan pelupusan.

Secara keseluruhan, sebanyak 48 OSCC telah di-tubuhkan di seluruh Sarawak untuk membolehkan kumpulan penguatkuasanya berada sedekat mungkin dengan tapak pembalakan di kawasan hutan.

Advertisement