Anda di sini

Gandingan Nathalie, Shoaib dinobatkan juara Kejohanan Skuasy Kuching

Advertisement

KUCHING: Beregu Nathalie Sim dan Muhammad Shoaib Hassan dinobatkan juara Kejohanan Skuasy Tertutup Kuching yang berakhir di Pusat Skuasy Sarawak pada Ahad lalu.

 Pasangan itu menumpaskan Jess Tay dan Emmanuel David dengan 11-7, 11-9 untuk merangkul kejuaraan.

 Nathalie, 14, dan Shoaib, jurulatih dari Pakistan menghiburkan penonton dengan aksi final sengit sebelum menang dalam pertarungan dua set.

 Tempat ketiga disandang beregu Gregory Chan dan Ian Chiew.

 Pilihan pertama acara perseorangan lelaki, Clifford Tay berjaya menjinakkan Gregory Chan dengan 11-4, 11-6, 12-10 untuk merangkul kejuaraan.

 JC Kueh berpuas hati di tempat ketiga.

 Kategori remaja dirangkul George Lawai Galau di susul i Ku Muhamad Rais dan Mohamad Amirul di tempat kedua dan ketiga.

 Presiden Persatuan Skuasy Kuching (SAK), Sim Chin Kheng muncul juara kategori veteran.

 Kejohanan anjuran SAK itu disertai 110 peserta dengan 100 daripada mereka berusia tujuh hingga 20 tahun.

Advertisement