Anda di sini

Utara rai 85 tahun tentera

Advertisement

SEOUL: Korea Utara semalam memperingati ulang tahun tentera dengan latihan menembak konvensional besar-besaran, menurut Seoul ketika kapal selam peluru berpandu Amerika Syarikat (AS) berlabuh di Korea Selatan di sebalik ketegangan mengenai cita-cita persenjataan nuklear Pyongyang.

Spekulasi memuncak bahawa Utara akan melan-carkan ujian nuklear keenam atau satu lagi pelancaran misil bagi memperingati ulang tahun ke-85 pembentukan tenteranya.

Namun tiada perkara seumpama itu yang lazimnya berlaku pada waktu pagi, dilihat menjelang lewat petang, sebaliknya kementerian pertahanan Selatan menyatakan Utara melancarkan latihan menembak besar-besaran di bandar pelabuhan timur Wonsan.

Agensi berita Yonhap memetik sumber kerajaan sebagai berkata, latihan tersebut adalah yang terbesar pernah dianjurkan Utara dan mungkin dipantau sendiri pemimpin Kim Jong-un.

Washington telah menghantar kapal pengangkut pesawat USS Carl Vinson ke semenanjung Korea, di mana ia dijangka tiba lewat minggu ini.

Kekeliruan menyelubungi lokasi sebenar kapal tersebut awal bulan ini selepas para pegawai AS mendakwa ia belayar ke Korea Utara sedangkan sebenarnya menuju ke selatan untuk latihan ketenteraan bersama Australia.

Kapal selam berkuasa nuklear AS USS Michigan turut berlabuh di Busan semalam dalam satu lagi pertunjukan kuasa.

Menurut laman sesawang Pasukan Kapal Selam Pasifik Tentera Laut AS, USS Michigan membawa lebih 150 misil peluncur Tomahawk yang mampu mengenai sasaran tepat terhadap loji nuklear Utara.

Namun tentera laut Selatan menyifatkan lawatan itu sebagai rutin dan kapal selam itu tidak akan terlibat dalam sebarang latihan bersama.

USS Carl Vinson bagaimanapun akan menyertai latihan bersama tentera laut AS dan Selatan untuk menunjukkan tekad kedua-dua negara untuk menghukum sebarang provokasi Utara, menurut kenyataan tentera laut Selatan.

Latihan akan dijalankan di Laut Timur (Laut Jepun) dan dua sekutu itu juga akan memulakan latihan bersama di Laut Barat (Laut Kuning) semalam berhubung situasi keselamatan semasa.

Retorik Pyongyang sentiasa meningkat pada musim bunga apabila Seoul dan Washington mengadakan latihan ketenteraan bersama yang dianggapnya sebagai latihan untuk pencerobohan.

Rodong Sinmun, lidah rasmi Parti Pekerja Korea yang memerintah, memberi amaran semalam tentang akibat buruk sekiranya serangan diketuai AS dilancarkan terlebih dahulu.

Ia menjanjikan ‘hukuman paling kejam di langit dan di bumi, selain di laut dan dari dalam air tanpa sebarang amaran atau notis awal’.

Sementara itu, utusan kanan nuklear dari Jepun, Korea Selatan dan AS bertemu semalam di Tokyo dan menjanjikan tindakan tegas terhadap sebarang provokasi terbaharu Utara.

Ketiga-tiga negara turut bersetuju China dan Rusia harus memainkan peranan lebih besar dalam mengawal Utara, menurut Kim Hong-kyun, ketua utusan Selatan mengenai isu tersebut.

Utara bercita-cita membina misil berkepala nuklear yang mampu mencecah tanah besar AS tatkala ketegangan memuncak sejak beberapa bulan lalu ekoran siri ujian misilnya yang mencetuskan pertikaian dengan Washington.

Utara melancarkan dua ujian misil bulan ini tatkala Presiden AS Donald Trump dan pembantu kanannya memberi amaran akan meletakkan semua pilihan terhadap Pyongyang, termasuk tindakan ketenteraan.

Trump kelmarin menggesa duta-duta Majlis Keselamatan PBB untuk mempertimbang sekatan lebih ketat ke atas Pyongyang, dan senator AS dijelaskan mengenainya hari ini. — AFP

Advertisement