Anda di sini

Tiga pekerja kilang ais nyaris maut terhidu gas ammonia

Advertisement

KUALA KANGSAR: Tiga pekerja nyaris maut apabila terhidu gas ammonia ketika sedang bertugas di sebuah kilang ais di Taman Sri Maju di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.54 petang, ketiga-tiga lelaki itu mengalami sesak nafas dan kini dirawat di  Hospital Kuala Kangsar.

Ketua Operasi  Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Khairil Anuar Sharuddin berkata sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kira-kira jam 2 petang.

“Sebaik menyedari kejadian terbabit, semua pekerja di dalam kilang diarah keluar manakala tiga mangsa yang terhidu gas itu dibawa ke hospital dengan ambulans,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurutnya, identiti kesemua mangsa dan keadaan mereka masih belum dapat dipastikan kerana masih menunggu laporan lanjut mengenainya.

Katanya punca kebocoran gas masih dalam siasatan dan operasi sedang dijalankan oleh sepasukan anggota Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh. — Bernama

Advertisement