SIBU: Polis sedang menjejaki individu yang bertanggungjawab menyebabkan seorang lelaki maut dalam kejadian langgar lari di KM 77 Jalan Sibu-Bintulu awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah IPD Mukah, DSP Jimmy Panyau berkata kejadian tersebut berlaku berdekatan simpang masuk ke pekan Selangau pada jam 5 pagi tadi.
"Kemalangan langgar lari ini merupakan yang kedua berlaku di kawasan Selangau pada bulan ini," katanya dihubungi.
Menurut Jimmy, mangsa dikenali sebagai Augustine Belun Kempas, 23, dikatakan sedang berjalan kaki ditepi jalan apabila dia telah dilanggar kenderaan yang belum dikenalpasti.
Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Jimmy meminta orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian tersebut diminta tampil ke Balai Polis Selangau
Mayat mangsa telah dibawa ke hospital Mukah untuk tindakan lanjut.
"Orang awam yang menyaksikan kejadian atau mempunyai sebarang makluat berhubung kemalangan langgar lari ini diminta tampil ke Balau Polis Selangau atau IPD Mukah ataupun balai-balai yang berdekatan untuk membantu siasatan," katanya.
Jimmy juga memohon individu yang terlibat dalam kes ini untuk menyerah diri uruk membantu siasatan polis," tegasnya.
"Kes ini akan disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," tambahya.