Anda di sini

Pemanah Sarawak menyinar di Perlis

Advertisement
 Pasukan pemanah dari Sarawak (berdiri di belakang) gembira menunjukkan medal yang dimenangi bersama Ricky (duduk kanan) di Perlis.
TERBAIK: Pasukan pemanah dari Sarawak (berdiri di belakang) gembira menunjukkan medal yang dimenangi bersama Ricky (duduk kanan) di Perlis.

MIRI: Pasukan Memanah Sarawak di bawah program Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri (USPTN) memenangi dua pingat emas, dua perak dan dua gangsa pada Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 1/2017 di Perlis pada 21 hingga 23 April lalu.

Ia dianjurkan oleh USPTN bertujuan meningkatkan prestasi atlet-atlet dalam acara memanah selain mengilap bakat-bakat baharu berpotensi dalam sukan ini.

Sarawak diwakili enam pemanah yang mengikuti latihan di bawah jurulatih program USPTN Sarawak, Ricky Yee.

Karnival pada hari pertama menyaksikan Cindy Lim memenangi emas pertama untuk kategori wanita bawah ranking pusingan 13 manakala Liu You Jie memenangi perak kategori lelaki.

Pada hari kedua, Cindy Lim sekali lagi memenangi emas kedua bagi kategori individu wanita perlawanan pusingan bawah 12 manakala kategori sama lelaki, Liu turut merangkul perak kedua.

Liu turut menyumbang gangsa kepada Sarawak melalui kategori perlawanan lelaki bawah 15.

Pingat gangsa kedua disumbangkan kategori berpasukan lelaki bawah 15 dianggotai Liu, Hanson Lim dan Adam Aiman.

Paling membanggakan Cindy turut dinobatkan Pemanah Terbaik wanita bawah 13 pada karnival tersebut.

Dalam pada itu, Ricky memuji semangat perjuangan tinggi kalangan peserta memastikan kemenangan kepada pasukan negeri.

Beliau turut berterima kasih kepada pegawai petugas USPTN Sarawak atas sokongan dan kepercayaan kepada beliau melatih pasukan Miri sekali gus merangkul pingat untuk Sarawak.

Advertisement