Anda di sini

Lupakan kekecewaan lalu

Advertisement
 Pemain-pemain Sarawak gigih menjalani latihan menjelang pertemuan Liga Super menentang Kelantan di Stadium Negeri Kuching malam ini. Gambar sisipan David Usop.
FOKUS: Pemain-pemain Sarawak gigih menjalani latihan menjelang pertemuan Liga Super menentang Kelantan di Stadium Negeri Kuching malam ini. 

KUCHING: Pengendali Sarawak, David Usop mahu pemain-pemainnya melupakan episod kekecewaan tersingkir pada kempen Piala FA 2017 dan kembali memberi tumpuan sepenuhnya untuk memperbaiki kedudukan dalam saingan Liga Super musim ini.

Melayan kunjungan Kelantan malam ini di Stadium Negeri, Petra Jaya, David sekali lagi mengharapkan tuah untuk meraih kemenangan sulung di laman sendiri.

Justeru, beliau mahu anakanak buahnya bangkit memberikan persembahan lebih konsisten dan meyakinkan memastikan misi tiga mata penuh menjadi kenyataan.

“Memang sentiasa menjadi misi kita untuk menghadiahkan kemenangan di tempat sendiri terutamanya perlawanan ini.

“Saya sent i as a menegaskan kepada pemainpemain dan terpulang kepada mereka untuk menterjemahkan pe luang i t u m e n j a d i keputusan po s i t i f , ” k a t a n y a d i t emu i di sini semalam.

Ditanya p e l u a n g untuk mer a ih keme - nangan, David be rka t a : “Tida k mustahil, s eki r anya semua p e m a i n me n g e k a - l k a n f o k u s s epanj ang 9 0 minit permainan”.

“Kita hormat dengan kemampuan Kelantan namun prestasi mereka juga tidak konsisten kebelakangan ini.

Saya percaya berbekalkan disiplin dan komitmen yang tinggi kita mampu mengutip tiga mata penuh.

“Seperkara lagi, elak daripada melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya,” katanya.

Bagi mengukuhkan peluang Sarawak, David telah melakukan rombakan kecil dalam barisan skuadnya.

Katanya, tahap kecergasan semua pemain juga baik dan tidak berdepan masalah untuk turun beraksi.

Sarawak perlu mencatat kemenangan malam ini untuk keluar daripada zon penyingkiran.

Kali terakhir skuad Ngap Sayot menang s e l epa s menewaskan PKNS pada 25 Februari lalu di gelanggang lawan.

Sarawak masih menghuni tangga ke-11 dengan mengumpul lapan mata hasil dua kemenangan dan dua seri setelah mengharungi sepuluh perlawanan setakat ini.

  • oleh
  • Advertisement