Anda di sini

Empat tahun berlalu, tragedi Rana Plaza tiada pengadilan

Advertisement
 Seorang wanita yang kehilangan anaknya dalam runtuhan kompleks kilang Rana Plaza menangis berhampiran tugu peri-ngatan dekat tempat kejadian semasa demonstrasi ulang tahun keempat bencana itu di Savar, pinggir Dhaka semalam. — Gambar AFP
KECEWA: Seorang wanita yang kehilangan anaknya dalam runtuhan kompleks kilang Rana Plaza menangis berhampiran tugu peri-ngatan dekat tempat kejadian semasa demonstrasi ulang tahun keempat bencana itu di Savar, pinggir Dhaka semalam. — Gambar AFP

SAVAR: Ribuan pekerja kilang pakaian Bangladesh mengadakan demonstrasi penuh sebak semalam untuk memperingati ulang tahun bencana kilang yang meragut nyawa 1,138 orang, di samping menuntut keadilan bagi mangsa dan gaji lebih baik.

Emapt tahun telah berlalu dan setakat ini belum ada sesiapa disabitkan atas runtuhan kompleks kilang Rana Plaza, antara tragedi perindustrian terburuk di dunia.

Sejumlah 2,000 lagi cedera dalam bencana itu, yang mengejutkan dunia dan mengetengahkan kepincangan banyak jenama terkemuka Barat untuk melindungi pekerja di negara membangun yang menghasilkan barangan mereka.

Jika empat tahun tidak memadai untuk menghukum pesalah, serahkan mereka kepada kami, kami akan mencari keadilan sendiri,” kata Marium Akter, yang mana anak perempuannya Shieuly maut dalam bencana tersebut, sambil meletakkan kalungan bunga di tempat kejadian.

Saya tidak lagi memerlukan pampasan.

Saya mahu Sohel Rana digantung,” tambahnya merujuk kepada pemilik kilang yang telah didakwa atas tuduhan membunuh.

Mahkamah tahun lepas mengarahkan Rana dan 40 yang lain termasuk pegawai kilang dan pemeriksa kerajaan, dibicarakan atas tuduhan membunuh dan memalsukan pengesahan keselamatan kilang tersebut.

Ribuan pekerja tekstil dipaksa memasuki bangunan tersebut untuk memulakan syif mereka walaupun ada yang menyuarakan kebimbangan selepas menyedari keretakan pada struktur.

Ketika kilang sedang rancak beroperasi, bangunan tujuh tingkat itu ranap tanpa sebarang amaran, menyebabkan ramai mangsa terperangkap berhari-hari ekoran kekurangan peralatan untuk menyelamatkan mereka.

Lebih menyedihkan ramai mangsa terselamat juga cacat seumur hidup.

Bangladesh mempunyai 4,500 kilang tekstil yang mengeksport pakaian bernilai lebih AS$30 bilion, tetapi hanya ratusan daripadanya disahkan selamat.

Pihak berkuasa telah menyampaikan pampasan kepada 3,000 mangsa termasuk mereka yang cedera dan keluarga mangsa terbunuh, namun ramai mangsa terselamat mengakui jumlahnya tidak mencukupi.

Saya lebih sanggup mati daripada hidup seperti ini,” kata Nilufa Begum, yang diselamatkan 10 jam selepas runtuhan tersebut dan masih memerlukan topang untuk berjalan.

Saya mahu hidup seperti biasa,” kata wanita berusia 37 tahun itu yang sudah menghabiskan 450,000 taka (AS$5,700) untuk rawatan.

Ramai mangsa terselamat menangis ketika memprotes di Savar, pinggir Dhaka dan di perkuburan awam di mana ramai mangsa dikebumikan.

Segelintir melaungkan slogan menuntut peningkatan gaji bulanan asas AS$68 bagi empat juta pekerja kilang pakaian di negara itu.

Pekerja Bangladesh dibayar gaji paling rendah di dunia.

Kami menuntut gaji bulanan minimum AS$200 untuk kehidupan yang lebih baik,” kata salah seorang ketua kesatuan pekerja Saiful Islam. — AFP

Advertisement