Anda di sini

Antifasis cetuskan kekacauan di Paris

Advertisement
 Penunjuk perasaan cuba berunding dengan polis antirusuhan semasa pertempuran di Paris, kelmarin. — Gambar Reuters
RUSUHAN: Penunjuk perasaan cuba berunding dengan polis antirusuhan semasa pertempuran di Paris, kelmarin. — Gambar Reuters

PARIS: Pihak polis telah bertelingkah dengan penunjuk perasaan sayap kiri di Paris kelmarin sejurus selepas gambaran awal bagi pilihan raya presiden Perancis menunjukkan pemimpin haluan kanan Marine Le Pen  telah berjaya bagi satu pilihan raya awal.

Pihak polis telah mara ke arah penunjuk perasaan, sebahagian daripada mereka melontar botol dan bunga api, menurut wartawan AFP.

Tiga orang telah ditangkap, menurut pihak polis.

Ratusan belia berkumpul di dataran Bastille, kawasan bersejarah di mana Revolusi Perancis 1789 bermula, selepas gambaran mencadangkan Le Pen akan bertanding bagi peringkat kedua berdepan dengan pusingan kedua terhadap Emmanuel Macron, seorang yang berpandangan sederhana dan bekas pegawai bank.

Seorang pemimpin bantahan menyeru kepada orang awam melalui alat pembesar suara untuk melakukan rali menentang Marine dan Macron.

Kami datang ke sini bagi membantah pantomim pilihan raya ini,” menurut salah seorang penunjuk perasaan.

Satu lagi tunjuk perasaan antifasis dianjurkan lewat kelmarin di bandar pantai barat Nantes.

Ayah Le Pen, Jean-Marie, mencapai kejayaan besar pertama dalam pilihan raya presiden Perancis bagi Barisan Nasional (FN), pada peringkat awal pilihan raya 2002 namun tewas dengan pemimpin haluan kanan Jacques Chirac. — AFP

Advertisement