Anda di sini

Australia, NZ lancar perarakan sains

Advertisement
 Para penyokong sains dan penyelidikan menyertai protes ‘March for Science’ di Sydney, semalam. — Gambar AFP
PERJUANGAN FAKTA: Para penyokong sains dan penyelidikan menyertai protes ‘March for Science’ di Sydney, semalam. — Gambar AFP

Peningkatan fenomena ‘fakta alternatif’ membimbangkan komuniti cerdik pandai

SYDNEY: Ribuan berarak di Australia dan New Zealand semalam tanda sokongan terhadap sains, yang pertama daripada lebih 500 perarakan global yang didorong oleh kebimbangan mengenai peningkatan fenomena ‘fakta alternatif’.

 Tunjuk perasaan ‘March for Science’ dilakukan ketika keterujaan meningkat mengenai apa yang dilihat ramai sebagai satu serangan politik yang meningkat terhadap fakta dan bukti serta kebimbanga n bahawa penyelidikan telah di s ingki rkan da r ipada pembentukan polisi.

 Penunjuk perasaan lantang di Sydney memakai kot makmal putih menyeru kepada ahli politik agar menyokong komuniti sains, membawa poster berbunyi ‘Tanpa sains, ia hanyalah fiksyen’ dan ‘Kami memerlukan golongan pemikir bukannya penafi ’.

 Mereka yang lain membawa poster seperti, ‘Apa yang kami inginkan? Sains berasaskan bukti.

 Bila kami inginkannya? Selepas penilaian penuh’.

 Tunjuk perasaan dibuat ketika Timbalan Presiden Amerika Syarikat (AS) Mike Pence melengkapkan lawatan tiga hari ke Australia.

 Ketika pihak penganjur di AS menyatakan perarakan yang dirancangkan di sana bukan bersifat partisan, mereka mengakui pentadbiran Republikan di bawah Donald Trump yang telah berjanji u n t u k me n g u r a n g k a n bajet penyelidikan bagi beberapa agensi utama AS, ‘menghalang’ pergerakan.

 Kebimbangan bahawa sains berdepan serangan politik di Australia meningkat di bawah kerajaan konservatif semasa dan penunjuk perasaan turut muncul di Melbourne, Brisbane, Perth, Adelaide dan beberapa bandar lain, selain di Wellington dan Auckland di New Zealand.

 “Pada hari ini dan zaman ini, terdapat begitu banyak berita palsu dan fakta rekaan yang disebarkan sehinggakan penting untuk kita mengingati bahawa sains telah membentuk masyarakat yang kita ketahui hari ini,” kata Parissa Zand, yang mengikuti perarakan di Sydney bersama ibunya, seorang ahli biologi molekul.

 Guru sains sekolah tinggi Byrne La Ginestra menyatakan sains telah difi tnah dan kita perlu mengajar orang lain bahawa sains bukannya agenda politik, ia hanyanya fakta.

 Canberra pada tahun lepas menarik balik keputusan untuk mengurangkan ratusan pekerjaan daripada badan sains negara CSIRO selepas satu bantahan umum.

 Mereka yang lain bimbang bahawa kerajaan tidak berusaha secukupnya untuk melindungi Terumbu Karang Besar yang kini berdepan ancaman perubahan iklim.

 Brazil, Kanada, banyak negara Eropah, Jepun, Mexico, Nepal, Nigeria dan Korea Selatan turut merancang perarakan prosains.  — AFP

Advertisement