Anda di sini

Mahkamah keluar waran tangkap lelaki miliki senapang buatan sendiri

Advertisement

MIRI: Mahkamah Majistret mengeluarkan waran tangkap ke atas seorang lelaki dituduh memiliki selaras senapang angin buatan sendiri kerana gagal hadir untuk sebutan lanjut kes semalam.

Majistret Zuraini Ali Musa turut mengeluarkan kenyataan tunjuk sebab kepada kedua-dua penjamin tertuduh yang turut gagal hadir di mahkamah.

Dellie Janting didakwa mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikena hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut pertuduhan kes, tertuduh telah didakwa memiliki selaras senapang angin buatan sendiri.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 4.40 petang, 25 Ogos 2014 di sebuah lot di Desaras  Fasa 6 Tudan.

Semasa sebutan pertama kes, tertuduh mengaku tidak bersalah dibenarkan dibebas dengan jaminan RM2,500 berserta dua penjamin tempatan.

Advertisement