Anda di sini

‘Konsert Gempak Gegar’ dapat sambutan yang luar biasa

Advertisement
 Wany Hasrita dan Khai Bahar berduet penuh perasaan.
MENGHIBURKAN: Wany Hasrita dan Khai Bahar berduet penuh perasaan.
 Warga Pantai Timur yang membanjiri kawasan sekitar Konsert Gempak Gegar yang dihavockan oleh Deeja Cosmetic di Dataran Shah Bandar, Terengganu pada Sabtu lepas.
PENUH: Warga Pantai Timur yang membanjiri kawasan sekitar Konsert Gempak Gegar yang dihavockan oleh Deeja Cosmetic di Dataran Shah Bandar, Terengganu pada Sabtu lepas.

SEBAGAI hadiah buat warga Pantai Timur yang telah menjadikannya sebagai radio nombor satu di sana dengan 2.8 juta orang pendengar, THR Gegar pada Sabtu lepas telah mengadakan Konsert Gempak Gegar yang dihavockan oleh Deeja Cosmetic di Dataran Shah Bandar, Terengganu.

Konsert tersebut dihadiri oleh lebih 20 ribu penonton dengan seawal jam 6 petang lagi Dataran Shah Bandar melihat orang ramai mula berkumpul semata-mata untuk menantikan persembahan artis-artis kegemaran mereka.

Konsert yang bermula pada jam 8.45 malam itu menyaksikan barisan artis popular tanahair beraksi penuh tenaga di atas pentas.

Antara artis yang terlibat pada malam tersebut adalah Projector Band, Khalifah Band, Khai Bahar, Wany Hasrita, Azharina, Azian Mazwan Sapuwan, Kristal, KT Buskers, dan Kumpulan Dikir Cita D’mas UNISZA, Sherry Ibrahim dan Ismail Izzani.

Selain itu, penyampai THR Gegar turut memeriahkan pentas dengan pelbagai telatah serta persembahan lucu mereka khas buat penonton yang setia dan tidak berganjak dari tempat duduk mereka.

Menurut Pengurus Kandungan THR Gegar, Nadira Azizan, Konsert Gempak Gegar ini  merupakan sebuah konsert yang sangat dinantikan oleh pendengar setia THR Gegar di kawasan Pantai Timur.

Kami sangat berpuas hati apabila mendapat sambutan luar biasa daripada  pendengar setia kami yang berada di sekitar Pantai Timur. Harapan kami untuk meneruskan acara sebegini di masa akan datang, kerana inilah peluang keemasan penyampai THR Gegar untuk turun padang  beramai-ramai bermesra dengan  para pendengar setia kami,” katanya.

Selain berada di venue, konsert ini turut disiarkan secara langsung di FB LIVE THR Gegar yang dipancarkan dari lokasi konsert di mana ia mendapat ratusan ribu penonton (viewers) pada malam tersebut.

 Kumpulan Kristal antara yang memeriahkan Konsert Gempak Gegar 2017.
GEGAR: Kumpulan Kristal antara yang memeriahkan Konsert Gempak Gegar 2017.
Advertisement