Anda di sini

Asakan maut

Advertisement

Ahli perniagaan mati diserang sekumpulan lelaki termasuk suspek berbalah dengannya melalui WeChat.

 Polis berada di lokasi kes bunuh awal pagi semalam.
KESAN: Polis berada di lokasi kes bunuh awal pagi semalam.
 Keadaan cermin kaca yang bertaburan di lokasi kejadian.
BERDERAI: Keadaan cermin kaca yang bertaburan di lokasi kejadian.

 

SIBU: Perbalahan antara dua lelaki melalui aplikasi WeChat berakhir dengan kematian salah seorang daripada mereka selepas diserang sekumpulan lelaki di sini, awal pagi semalam.

Mangsa dikenali sebagai Tang, 29, seorang ahli perniagaan, diserang kira-kira 10 orang bersama suspek yang telah berbalah dengannya sebelum itu.

Difahamkan, insiden pergaduhan tersebut berlaku di kaki lima berhampiran sebuah premis hiburan di Jalan Wong King Huo sekitar jam 12.30 pagi.

Terdahulu, mangsa dikatakan minum bersama empat rakan di sebuah kedai kopi apabila dua lelaki berumur 20-an dikatakan muncul dengan marah sehingga mencetuskan pertengkaran dengan mangsa.

Ketegangan semakin meruncing apabila rakan suspek lain muncul dan menyerang mangsa yang cuba melarikan diri namun tidak berjaya.

Difahamkan, adegan pergaduhan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan sekumpulan 10 lelaki menyerang dan memukul mangsa menggunakan batang besi dan kayu besbol.

Asakan daripada serangan itu dipercayai menyebabkan mangsa pengsan di tempat kejadian.

Polis dimaklumkan orang awam mengenai kejadian bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati cermin kaca bertaburan serta tompokan darah di kaki lima.

Mangsa dikatakan terlebih dahulu dikejarkan sekumpulan rakannya ke sebuah pusat perubatan swasta di sini sebelum dirujuk ke Hospital Sibu.

Mangsa disahkan meninggal dunia kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan semasa menerima rawatan sekitar jam 5 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu ACP Saiful Bahri Abdullah berkata, satu laporan polis berhubung kejadian telah diterima pihaknya dan siasatan kini sedang diperhebatkan.

Menurutnya, pihaknya berjaya mengenal pasti identiti beberapa suspek terlibat.

Siasatan awal polis mendapati mangsa dan suspek telah bertengkar sebelum itu sehingga mencetuskan satu pergaduhan yang menjurus kepada ajal mangsa,” kata Saiful.

Difahamkan, kesemua suspek terlibat kini dalam buruan polis dan kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki membunuh.

 Tompokan darah yang kelihatan di kaki lima.
BERDARAH: Tompokan darah yang kelihatan di kaki lima.
  • oleh
  • Advertisement