Anda di sini

Zachary penyampai radio paling muda di Hitz.fm Kuching

Advertisement
 Penyampai radio Hitz.fm Kuching (kiri ke kanan) Kiyoshi, Zachary, Natasha dan Nehemia.
DENGARKAN KAMI: Penyampai radio Hitz.fm Kuching (kiri ke kanan) Kiyoshi, Zachary, Natasha dan Nehemia.

KUCHING: Stesen radio, Hitz.fm Kuching menampilkan seorang juruhebah baharu, Zachary berusia 17 tahun iaitu bakat baharu paling muda di Astro Radio.

Zachary menyertai Hitz.fm kira-kira dua bulan selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sebuah sekolah menengah awam di sini.

Menunjukkan bakat pada usia muda, beliau telah menghantar video YouTube kepada Kiyoshi dan Natasha ketika berusia 13 tahun.

Zachary membuat video menerusi YouTube dan beliau telah memenangi hadiah dalam pertandingan Bespoke.

Saya mahu lebih banyak pandangan. Jadi, saya fikir dengan meminta mereka untuk berkongsi video saya, lebih ramai orang akan menonton video saya. Saya suka menghiburkan orang,” kata Zachary ketika ditemui di stesen Hitz.fm Kuching di sini kelmarin.

Impian menjadi kenyataan, remaja yang bertenaga dan bersemangat itu kemudian dipanggil untuk menyertai keluarga Hitz dan menjadi penyampai radio Hitz.fm.

Penyampai radio dan eksekutif muzik Hitz.fm Kiyoshi berkata, apabila pasukan itu mencari bakat baharu, dia terus terfikirkan Zachary.

Begitulah bagaimana dia telah ditemui. Ia adalah langkah yang bijak dengan menghantar video,” kata Kiyoshi.

Mula menyertai Hitz.fm pada tahun 2012, Kiyoshi yang menjadi hos persembahan dari jam 10 pagi hingga 1 petang pada Ahad juga merupakan eksekutif muzik sekarang.

Beliau berkata, selain menyediakan maklumat dan hiburan kepada penonton, tumpuan turut diberikan untuk memainkan muzik yang diminati ramai.

Seorang lagi penyampai radio Hitz.fm yang tidak asing kepada pendengar, Natasha berkata, menjadi penyampai radio adalah sesuatu yang indah kerana kuasa suara tidak terhad.

Tidak kira bagaimana cara sekalipun, orang ingat kamu, ketika mereka mendengar suara anda,” katanya.

Tambahnya, penyampai radio juga perlu mencapai keseimbangan seperti apabila mereka membuat jenaka dan menghibur orang, mereka perlu tahu apa yang hendak dikatakan atau sebaliknya.

Penyampai kelahiran Sabah yang kini berpangkalan di Hitz.fm Kuching adalah Nehemia.

Gadis berusia 22 tahun itu adalah seorang pelajar ijazah tahun kedua Sinematografi di UNIMAS.

Beliau memulakan kerjayanya di Hitz selepas memenangi Hitz Announcer Sabah pada April 2015.

Advertisement