Anda di sini

CAMO17 rakam pelbagai suka duka

Advertisement
 Taib (dua kanan) bergambar bersama Presiden Persatuan Badminton Sarawak (SBA) Tan Sri Datuk Amar Aziz Hussain (dua kiri) dan Pemangku Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Al Amin Abd Majid (kanan) selepas menyampaikan hadiah kepada Chong Wei dan Lin Dan. — Gambar Muhd Rais Sanusi
UNTUK ALBUM: Taib (dua kanan) bergambar bersama Presiden Persatuan Badminton Sarawak (SBA) Tan Sri Datuk Amar Aziz Hussain (dua kiri) dan Pemangku Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Al Amin Abd Majid (kanan) selepas menyampaikan hadiah kepada Chong Wei dan Lin Dan. — Gambar Muhd Rais Sanusi

SARAWAK sekali lagi menjadi tumpuan dunia selepas dipilih sebagai tuan rumah Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia Celcom Axiata 2017 (CAMO17) berlangsung dari 4 hingga 9 April lepas di Stadium Tertutup, Petra Jaya.

Ia kali kedua Sarawak diberi penghormatan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai penganjur kejohanan Super Series itu selepas kali terakhir pada 2006.

Selama enam hari, kerajaan negeri dibantu Persatuan Badminton Sarawak (SBA), Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dan beberapa agensi lain bertungkus lumus untuk memastikan kejayaan penganjuran CAMO17 yang menelan belanja RM3.4 juta.

Apa yang pasti, edisi kali ini menyaksikan peningkatan penyertaan di mana seramai 295 pemain terkemuka mewakili 18 negara berentap merebut gelaran dalam lima kategori menawarkan hadiah keseluruhan US$600,000.

Di sebalik kemeriahan CAMO17, kemerosotan prestasi skuad negara lebih-lebih lagi barisan pemain muda mengundang kekecewaan peminat tempatan.

Tambah mengecewakan apabila impian untuk melihat pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mengulangi kejayaan 2006 dengan menundukkan musuh tradisi dari China, Lin Dan di pentas final tidak kesampaian. Chong Wei tewas 21-19, 21-14.

Pemenang lain termasuk Tai Tzu-ying (Taiwan) dalam acara perseorangan wanita dengan menewaskan Carolina Marin (Sepanyol) 23-25, 22-20, 21-13.

Juara All England 2017, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo (Indonesia) menewaskan Fu Haifeng-Zheng Siwei (China) dengan 21-14, 14-21, 21-12.

Manakala gandingan Yuki Fukushima-Sayaka Hirota dari Jepun menundukkan Huang Yaqiong-Tang Jinhua dari China dengan 21-17, 18-21, 21-12  untuk muncul juara beregu wanita.

Acara beregu campuran dimenangi Zheng Siwei-Chen Qingchen (China) selepas menewaskan rakan senegara Lu Kai-Huang Yaqiong dengan 21-15, 21-18.

Hari terakhir CAMO17 turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bersama isteri, Toh Puan Datuk Seri Ragad Kurdi Taib yang seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang.

  • oleh
  • Advertisement