Anda di sini

SK Kampung Jepak rai guru-guru baharu, sedih lepaskan guru bersara

Advertisement
 Majlis Menyulam Kemesraan, Jasamu Dikenang dan Lambaian Kasih SK Kampung Jepak tampak meriah namun sedih semasa meraikan persaraan Sulaiman, guru-guru berpindah tugas dan kedatangan guru-guru baharu.
MERIAH TAPI SEDIH: Majlis Menyulam Kemesraan, Jasamu Dikenang dan Lambaian Kasih SK Kampung Jepak tampak meriah namun sedih semasa meraikan persaraan Sulaiman, guru-guru berpindah tugas dan kedatangan guru-guru baharu.

SEKOLAH Kebangsaan (SK) Kampung Jepak di Bintulu telah menganjur Majlis Menyulam Kemesraan, Jasamu Dikenang dan Lambaian Kasih sempena menyambut kedatangan guru-guru baharu, meraikan guru-guru yang berpindah tugas dan yang bersara dari sekolah itu, baru-baru ini.

Majlis tersebut diadakan penuh meriah namun dalam suasana sedih oleh para guru, murid dan ibu bapa murid di sekolah tersebut terutamanya semasa meraikan persaraan seorang guru kanan SK Kampung Jepak.

Hadir meraikan majlis itu ialah Guru Besar SK Kampung Jepak Ali Sabri Saber Ali Khan dan penolong-penolong kanan guru SK Kampung Jepak.

Tiga orang guru yang berpindah dari sekolah itu terdiri daripada Norliza Abdul Khalid, Adam Gerina Abdullah dan Thow Lu Siew.

Manakala guru yang bersara ialah Sulaiman Sabdi yang merupakan guru Penyelia Petang SK Kampung Jepak. Tarikh persaraan beliau secara rasmi ialah pada 22 Mac 2017.

Pendidikan awal Sulaiman yang lahir pada 22 Mac 1957 ialah di SK Orang Kaya Mohammad (OKMS) Bintulu dari tahun 1967 hingga 1969 dan seterusnya meneruskan pendidikannya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bintulu dari tahun 1970 hingga 1974.

Dalam sejarah perkhidmatannya, Sulaiman pernah menjadi guru sandaran di SK St Anthony Bintulu tahun 1974 hingga 1975, guru pelatih di Maktab Perguran Batu Lintang Kuching (1976-1977) kemudian tugasan sebagai guru untuk pengajaran pertamanya adalah ditempatkan di SMK Long Lama Baram (1978-1979), SMK Tunku Abdul Rahman Kuching (1980-1982), SMK Bandar Bintulu (1983-2001), SMK Baru Bintulu (2001-2004), SK Kampung Baru Bintulu (2005-2008), SK Kidurong 2 Bintulu (2009-2014) dan yang terakhir di SK Kampung Jepak Bintulu (2015-2017).

__alt__
__alt__
  • oleh
  • Advertisement