Anda di sini

Rakyat Sarawak harus tentukan nasib sendiri bukan orang lain

Advertisement

KUCHING: Rakyat Sarawak sendiri yang harus menentukan nasib mereka bukan orang lain, tegas Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Tegasnya kerajaan negeri hari ini mesti membuat dasar-dasar yang berteras-kan Sarawak dengan memfokus kepada keperluan strategik dan serta-merta Sarawak.

Beliau juga percaya Sara-wak mesti mempunyai auto-nomi yang lebih baik dalam menentukan untung nasib serta hala tujunya bagi membolehkan rakyat memanfaatkan sepenuhnya potensi pertumbuhan ekonomi ne-geri ini.

Cabaran asas di Sarawak ialah bagaimana kita boleh membangunkan sistem infrastruktur asas yang amat diperlukan oleh ekonomi negeri ini.

Kita mempunyai infra-struktur lebih kepada eksport minyak dan gas, kayu serta minyak sawit tetapi kita masih tidak mempunyai sistem mengeksport hasil pertanian serta produk lain yang di-keluarkan rakyat negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama seterusnya menyempurnakan Majlis Pelancaran Persida-ngan Ekonomi Digital dan Insfrastruktur Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) Antarabangsa atau IDECS 2017 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini semalam.

Menurut Abang Johari Sarawak masih tidak mempunyai sistem infrastruktur yang baik untuk usahawan di negeri ini bagi membolehkan mereka berinovasi dan kreatif serta memasarkan produk-produk baharu di pasaran global.

Tambahnya, cabaran pembuat dasar di Sarawak hari ini ialah mengenal pasti cara-cara dapat melonjakkan ekonomi yang mempunyai lebih banyak impak langsung kepada pendapatan rakyat.

Kita diberitahu sebelum ini, adalah lebih baik mengeksport minyak dan gas kita kerana ia mempunyai harga baik dalam pasaran eksport dan menggunakan hasil daripada minyak untuk mengsubsidi harga minyak dan gas diimport yang diguna-kan kita di rumah.

Akhirnya, wujud hujah subsidi tidak bagus untuk pembangunan ekonomi berdaya saing, subsidi dihapus-kan sekarang.

Jadi sekarang kita dalam situasi kita mempunyai minyak dan gas tetapi tidak dapat menikmati sepenuhnya manfaat memiliki sumber asli itu,” ujarnya.

Oleh itu katanya, pelan pembangunan strategik amat penting iaitu Sarawak seharusnya cuba menggunakan sebanyak mungkin sumber-sumber tenaganya untuk pembangunan serta proses perindustrian di negeri ini.

Bagi tujuan itu jelasnya, Sarawak telah pun memulakan langkah strategik dengan mengambil alih Empangan Hidroelektrik (HEP) Bakun daripada kerajaan pusat.

Menurutnya HEP Bakun merupakan projek komersial berdaya maju kerana pembayaran semula projek itu diliputi aliran pulangan daripada perindustrian.

Jelasnya, alasan utama membeli HEP Bakun ialah ia merupakan aset strategik besar Sarawak dan Sarawak mesti memilikinya.

Sebagai aset yang strategik, HEP Bakun mempunyai impak positif besar kepada ekonomi Sarawak.

Kita yakin pertumbuhan sektor kuasa akan te-rus memacu pertumbuhan ekonomi Sarawak pada masa akan datang.

Model pembiayaan sama diguna pakai kepada HEP Murum dan HEP Baleh,” katanya.

Advertisement