Anda di sini

Misteri sayap ayam ditimbus di Bukit Aup

Advertisement

SIBU: Sebuah tapak pelupusan di Bukit Aup  menjadi tumpuan penduduk berdekatan kerana ingin menggali sayap ayam yang ditanam di situ.

Dipercayai lebih setan sayap ayam ditanam di situ yang mula dikunjungi orang ramai sejak Jumaat lalu.

Bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan bila dan mengapa ayam berkenaan ditanam.

Usaha untuk mendapatkan komen daripada pihak berkenaan berhubung insiden tersebut juga masih gagal.

Seorang pemuda yang berkunjung ke kawasan tersebut memberitahu beliau hanya mengetahui berita sayap ayam ditanam di kawasan itu daripada rakannya.

Dalam pada itu, seorang penduduk memberitahu beliau ada membeli sayap ayam yang dijual murah dari rumah ke rumah tetapi tidak pasti ia datang dari mana.

"Pada Ahad lalu isteri saya ada membeli sekilogram sayap ayam yang dijual dari rumah ke rumah dengan harga RM7 sekilogram.

"Memandangkan harganya yang murah saya tidak berfikir panjang dan terus membelinya," kata seorang lelaki yang tinggal di Kampung Jeriah.

Menurut lelaki terbabit, beliau hanya mengetahui kejadian sayap ayam ditanam menerusi maklumat yang ditularkan di Facebook.

Jelasnya, beliau sekeluarga bagaimanapun tidak mengalami apa-apa masalah kesihatan selepas memakan sayap ayam itu.

Gambar-gambar menunjukkan sebahagian daripada penduduk menggali sayap ayam yang ditimbus.

 
 
 
  • oleh
  • Advertisement