Anda di sini

Philip juara Tetamu Jemputan/VIP Nett golf perpisahan Residen Miri

Advertisement

MIRI: Philip Saging muncul juara kategori Tetamu Jemputan/ VIP Nett pada Pertandingan Golf Perpisahan untuk Residen Miri Antonio Kahti Galis 2017 di Kelab Golf Miri (KGM) di sini semalam.

 Philip berjaya mengumpul 71 pukulan diikuti Kilah Deng naib juara (74) dan Wagner Lisa ditangga ketiga dengan 75 pukulan.

 Bagi kagetori yang sama Gross, juara ialah Esaw Mikir menerusi 79 pukulan, naib juara Kunjin Sandhu (81) dan ketiga Agan Maran (86).

 Kategori Lelaki Terbuka Net dijuarai oleh Gisar Bala, Frank Saing (naib juara), Anthony Tayang (ketiga) manakala Barry Langan, Lian Kahang Ballang dan Wilfred Barat masing-masing di tempat keempat, kelima dan keenam.

 Kategori Lelaki Terbuka Gross pula dijuarai Sam Ranang, Kennedy Narok (naib juara), Mahmud Abd Hakim (ketiga), manakala Jerry Sigar di tangga keempat.

 Kategori Wanita Nett menyaksikan Gemma Thomas muncul juara, Mariam Ena Muloon (naib juara) dan Pauline Bennet (ketiga), manakala kategori Wanita Gross Susan Yee (juara) dan Dora Madai (naib juara).

 Terdahulu, Antonio dalam ucapan berterima kasih kepada pihak penganjur khususnya kumpulan golf Orang Ulu, Dayak dan Kelab Golf Miri yang bekerjasama menganjurkan pertandingan itu dengan dengan lancar.

 “Saya amat menghargai penyertaan anda dalam pertandingan ini, ia bukan semata-mata untuk hadiah namun untuk persahabatan. Saya dengan rasa rendah diri berterima kasih kepada anda semua dan akan menghargai kenangan ini sampai bilabila,” katanya.

 Mengenai pelantikan sebagai Pengarah Unit Pentadbiran di Pejabat Ketua Menteri di Kuching bulan hadapan, Antonio berkata tugas baharu itu lebih mencabar kerana meliputi seluruh Sarawak.

 Antonio mula bertugas di Miri pada 1995 antaranya di Majlis Bandaraya Miri sebelum memegang jawatan sebagai Residen Miri pada 2010.

Advertisement