Anda di sini

Pecah masuk, gudang barang rugi ribuan ringgit

Advertisement
 Keadaan pejabat selepas premis itu dipecah masuk pencuri.
BERSELERAK: Keadaan pejabat selepas premis itu dipecah masuk pencuri.

KUCHING: Sebuah gudang penyimpanan barang mengalami kerugian dianggarkan ribuan ringgit apabila premisnya di Taman Perindustrian Demak Laut di sini dipecah masuk, malam kelmarin.

Menurut sumber, kejadian disedari pekerja yang tiba di tempat kerja sekitar jam 7 pagi yang kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada pemilik syarikat.

Difahamkan, pencuri memecah masuk pejabat di tingkat atas dengan mengumpil pintu serta mangga dan melarikan komputer riba.

Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai mengesahkan pemilik syarikat, 40, telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Pihak polis juga telah melawat tempat kejadian susulan menerima laporan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, pemilik syarikat yang enggan namanya disiarkan memberitahu, ia merupakan kejadian pecah masuk yang pertama menimpa premis berkenaan sejak mula beroperasi enam tahun lalu.

Bagaimanapun, ia bukan kejadian pecah masuk pertama di kawasan ini. Saya berharap pasukan polis dapat meronda dengan lebih kerap lagi di kawasan ini,” katanya.

Advertisement