Anda di sini

Masih ramai usahawan belum daftar perniagaan

Advertisement

Daftar dengan agensi kerajaan berkaitan untuk nikmati pelbagai program latihan, bantuan dan promosi

APA KHABAR?: Naroden ditemani Tengku Azmi (kanan) beramah mesra dengan peserta Seminar Transformasi Perusahaan Kecil dan Sederhana 2017 di Kuching, semalam.
APA KHABAR?: Naroden ditemani Tengku Azmi (kanan) beramah mesra dengan peserta Seminar Transformasi Perusahaan Kecil dan Sederhana 2017 di Kuching, semalam.

KUCHING: Masih ramai usahawan di negeri ini belum mendaftar perniagaan mereka dengan agensi kerajaan berkaitan.

Perkara itu didedahkan Menteri Muda Pembangunan Usahawan Datuk Mohd Naroden Majais yang percaya tidak kurang daripada 40,000 usahawan termasuk perusahaan bersaiz mikro belum berdaftar di negeri ini.

Tegasnya, menjadi satu kerugian kepada usahawan yang tidak mendaftarkan perniagaan mereka kerana pelbagai program latihan, bantuan dan promosi disediakan oleh kerajaan bagi membantu meningkatkan perusahaan mereka.

Sejak saya dilantik sebagai Menteri Muda (Pembangunan Usahawan) pada 2005, saya dapati hanya 6,000 usahawan berdaftar dengan agensi kerajaan tetapi pada hujung 2016 kita sudah mempunyai hampir 50,000 usahawan yang berdaftar di bawah SME Corp Sarawak.

Namun, saya percaya masih banyak lagi di luar sana terutama melibatkan perusahaan mikro belum berdaftar dengan agensi kerajaan dan saya anggar tidak kurang daripada 30,000 hingga 40,000 di seluruh Sarawak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Seminar Transformasi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) 2017 di bilik mesyuarat Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di sini, semalam.

Sehubungan itu, Naroden yang juga Menteri Muda Perancangan Sumber memberitahu agensi pelaksana di peringkat kerajaan persekutuan dan negeri perlu berganding bahu melaksanakan program untuk memastikan usahawan di negeri ini mendaftar perniagaan mereka.

Kita ada 60 agensi kerajaan persekutuan dan negeri yang melaksanakan pelbagai program, jika semua agensi kerajaan ini bekerjasama, saya yakin usahawan kita dapat dibantu dan pada masa sama kita dapat melihat sendiri impak program yang kita laksanakan itu, tambahnya.

Selain itu, beliau meminta para usahawan di negeri ini memperluaskan ilmu dalam bidang Internet memandang-kan cabaran baharu di dunia tanpa sempadan masa kini.

Malah, katanya, dengan misi di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg yang mahu meningkatkan kuasa teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di negeri ini, maka ilmu ICT itu penting untuk didalami.

Oleh itu, kita perlu me-ningkatkan kualiti, cara pengurusan dan pemasaran perniagaan supaya kita berupaya bersaing dan seterusnya membawa produk kita menembusi pasaran yang lebih jauh dan besar menerusi ICT ini,” jelasnya.

Pada majlis perasmian seminar itu, Naroden turut me-nyampaikan sijil penganugerahan geran pembangunan perniagaan kepada peserta.

Hadir sama Pengarah MPC Sarawak Tengku Azmi Tengku Majid, Ketua Bahagian PKS Samat Julai, Pengarah SME Corp Sarawak Esmawady Mohd Esa, Pengarah Lana Corporation Sdn Bhd Mohammad Hafidz Rohani dan tetamu kehormat lain.

  • oleh
  • Advertisement