Anda di sini

Kerajaan sasar 100 peratus buku teks guna kertas kitar semula

Advertisement
 Mahdzir (kanan) bersama Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Newsprint Industri Wong Pek Yee melihat buku-buku yang dihasilkan daripada kertas kitar semula selepas melancarkan Kempen Penggunaan Kertas Kitar Semula di Kuala Lumpur, semalam. — Gambar Bernama
BUMI HIJAU: Mahdzir (kanan) bersama Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Newsprint Industri Wong Pek Yee melihat buku-buku yang dihasilkan daripada kertas kitar semula selepas melancarkan Kempen Penggunaan Kertas Kitar Semula di Kuala Lumpur, semalam. — Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan menyasarkan semua buku teks dicetak menggunakan kertas kitar semula dalam tempoh lima tahun, kata Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Populasi keseluruhan Malaysia lebih 30 juta orang. Daripada jumlah ini, lima juta orang adalah pelajar sekolah daripada peringkat prasekolah, sekolah rendah hingga sekolah menengah. Sudah tentu banyak buku teks dan buku-buku lain akan digunakan,” katanya.

Sejak tahun lepas Kementerian Pendidikan menerusi Bahagian Buku Teks telah melaksanakan kajian penilaian terhadap penggunaan kertas kitar semula sepenuhnya, katanya pada sidang media selepas merasmikan ‘Kempen Penggunaan Kertas Kitar Semula 100 peratus’ di sini, semalam.

Katanya berdasarkan maklum balas yang diterima, bahagian tersebut tidak mempunyai halangan untuk melaksanakan perkara tersebut, sejajar dengan usaha kerajaan melestarikan alam sekitar.

Mahdzir mengakui cabaran seterusnya yang perlu dihadapi adalah untuk memupuk kesedaran kepada para ibu bapa agar tidak membeza-bezakan kualiti buku yang dicetak menggunakan kertas kitar semula dengan kertas biasa. — Bernama

Advertisement