Anda di sini

Black Sunday tiada kelulusan polis dan DBKK

Advertisement
 Anggota polis mengadakan kawalan keselamatan semasa perhimpunan Black Sunday 6.0.
TIADA KELULUSAN: Anggota polis mengadakan kawalan keselamatan semasa perhimpunan Black Sunday 6.0.

KOTA KINABALU: Per-himpunan Black Sunday 6.0 anjuran Gema diadakan tanpa mendapat kelulusan polis dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, kira-kira 75 orang menghadiri perhimpunan yang diadakan di Taman Chong Thien Vun, di sini, bermula jam 9 pagi kelmarin.

Katanya, perhimpunan terbabit bertujuan menuntut penjelasan berkaitan isu Jabatan Air Negeri Sabah dan isu Siasatan Diraja berkaitan kad pengenalan di Sabah.

Beliau berkata, pihak penganjur tidak memberikan notis kepada polis untuk mengadakan perhimpunan itu dan ia menyalahi peruntukan undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Selain itu jelasnya, penganjur juga tidak mendapat kebenaran daripada DBKK sebagai pemilik premis di kawasan perhimpunan itu.

Siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman dan mereka yang terbabit akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Jika disabitkan kesalahan denda boleh dikenakan tidak melebihi RM10,000,” katanya di sini kelmarin.

Chandra berkata, sepanjang perhimpunan pegawai dan anggota polis turut mengadakan kawalan keselamatan.

Menurutnya tiada kejadian diluar kawalan atau perarakan berlaku semasa perhimpunan.

Katanya, penganjur akur untuk bersurai tanpa berarak selepas mendapat nasihat daripada polis.

Advertisement