Anda di sini

Urut ‘ekstra’

Advertisement

26 individu termasuk 22 tukang urut warga asing ditahan kerana disyaki terlibat kegiatan pelacuran.

 Wanita-wanita warganegara asing ditahan di pusat refleksologi yang dipercayai menawarkan ‘perkhidmatan lain’ selain urut.
GEMPUR: Wanita-wanita warganegara asing ditahan di pusat refleksologi yang dipercayai menawarkan ‘perkhidmatan lain’ selain urut.

KUCHING: Seramai 26 individu termasuk 22 tukang urut warga asing yang disyaki terlibat dengan kegiatan pelacuran ditangkap dalam serbuan Ops Noda di lima lokasi berasingan di sini, hujung minggu lalu.

Serbuan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak dari Jumaat hingga Ahad lalu dilancar ke atas tiga rumah urut di sekitar bandar raya ini, manakala dua lagi di Bandar Baru Batu Kawa (MJC).

Ketua JSJ Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, berdasarkan maklumat diterima, pusat-pusat refleksologi itu mungkin menawarkan ‘perkhidmatan lain’ selain urut.

Malah, premis-premis ini mungkin sarang pelacuran yang berselindung di sebalik pusat-pusat urut,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dev berkata, 10 daripada 22 wanita asing ditangkap merupakan warganegara China, lapan dari Vietnam dan empat warganegara Filipina.

Manakala, empat lagi tangkapan merupakan lelaki yang menjaga premis-premis urut berkenaan, katanya.

Polis turut merampas pelbagai barangan berkaitan aktiviti-aktiviti seksual, katanya, sambil menambah kesemua yang ditangkap akan disiasat untuk kesalahan-kesalahan di bawah Kanun Keseksaan, Akta Imigresen dan Ordinan Hiburan.

JSJ Negeri akan terus menyerbu premis-premis yang terlibat dalam aktiviti pelacuran.

Kita memberi amaran keras kepada semua rumah urut serta pusat refleksologi yang terus mengupah pelacur-pelacur asing bahawa kita akan mengetuk pintu premis mereka tidak lama lagi, tegasnya.

 Wanita-wanita warganegara asing ditahan di pusat refleksologi yang dipercayai menawarkan ‘perkhidmatan lain’ selain urut.
GEMPUR: Wanita-wanita warganegara asing ditahan di pusat refleksologi yang dipercayai menawarkan ‘perkhidmatan lain’ selain urut.
  • oleh
  • Advertisement