Anda di sini

berkIBTP UMS ketengah aspek pendidikan alam sekitar dari perspektif global

Advertisement
 Charles (dua kanan) menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta program berkenaan.
SIJIL: Charles (dua kanan) menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta program berkenaan.

KOTA KINABALU: Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) cuba mengetengahkan aspek pendidikan alam sekitar dari perspektif global.

Pengarah IBTP UMS Profesor Dr Charles S Vairappan berkata melalui program Rakan Borneensis UMS 2017, peserta dapat berinteraksi dengan pakar-pakar yang terkemuka dalam bidang kajian masing-masing.

IBTP telah diberikan amanat oleh UMS untuk meneraju aspek pengajaran, penyelidikan dan aktiviti bersama masyarakat dalam bidang Pemuliharaan Kepelbagaian (Biodiversiti) di Sabah.

Selama lima tahun kebelakangan ini, pelbagai strategi telah diatur untuk memastikan aspek hasil kajian serta ilmu yang dijana dan dikembangkan di UMS sampai kepada masyarakat dan global.

Dalam pada itu, melalui program ini kami turut menjemput fasilitator dari Amerika Syarikat, Belanda dan Jepun yang juga pakar-pakar terkemuka dalam bidang kajian masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr Mohd Harun Abdullah pada majlis perasmian penutupan Rakan Borneensis UMS 2017, di sini, kelmarin.

Katanya pada program berkenaan sebanyak tiga sekolah terlibat iaitu Sekolah Menengah (SM) All Saints, SM St Michael Penampang dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tebobon.

Charles berkata, pelbagai program telah dijalankan yang mana dapat membina generasi muda menghargai kepentingan alam sekitar serta keunikan biodiversiti.

Saya telah menyertai aktiviti malam bersama peserta dan saya amat gembira dengan keinginan pelajar kita untuk terlibat dengan aktiviti kerja lapangan.

Semalam, kami telah mendaki Bukit UMS untuk melihat keunikan diversiti katak.

Sebelum itu, Jumaat malam kami telah mengkaji diversiti serangga di Bukit UMS dan melalui interaksi saya bersama peserta, saya yakin sistem pelajaran kita berada di landasan yang betul dalam membina generasi yang dapat menghargai kepentingan alam sekitar serta keunikan biodiversiti,” jelasnya.

Menurutnya para peserta juga sangat lantang dalam mengetengahkan pendapat mereka.

Ini adalah satu sikap yang sangat baik dan saya amat berharap agar mereka sentiasa dapat memikirkan secara mendalam serta membuahkan pendapat yang bernas dalam memastikan khazanah biodeversiti di Sabah diberi keutamaan dalam usaha kita memajukan negara.

Saya sangat gembira kerana IBTP dapat memberikan sumbangan keilmuan yang dijana dan dicanai di UMS kepada masyarakat generasi muda di Kota Kinabalu ini,” katanya.

Advertisement