Anda di sini

Penumpang van maut

Advertisement

  Wanita Indonesia maut apabila van dinaikinya terlibat kemalangan di KM80 Jalan Sibu-Bintulu.
 

 Beginilah keadaan kenderaan pacuan empat roda yang merempuh van terbabit.
REMUK: Beginilah keadaan kenderaan pacuan empat roda yang merempuh van terbabit.
 Mangsa masih berada di tempat duduk ketika menunggu bantuan di tempat kejadian.
TRAGIK: Mangsa masih berada di tempat duduk ketika menunggu bantuan di tempat kejadian.

SIBU: Seorang penumpang wanita warga Indonesia maut apabila van dinaikinya terlibat dalam kemalangan jalan raya di KM80 Jalan Sibu-Bintulu petang kelmarin.

Dalam kejadian sekitar jam 4.15 petang itu, mangsa maut dikenali Maani Muhammad Saleh, 43, berasal dari Sumbawa Besar, Indonesia duduk di sebelah pemandu van dalam perjalanan ke Bintulu dari Sibu.

Menurut maklumat, kemalangan itu berlaku apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda dari arah bertentangan cuba memotong namun hilang kawalan lalu merempuh van terbabit.

Ketua Polis Daerah DSP Jimmy Panyau ketika dihubungi berkata satu laporan berhubung kejadian diterima pihaknya.

Menurutnya, wanita yang cedera parah itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan semasa digegaskan ke Hospital Sibu.

Bagaimanapun, kedua-dua pemandu van, 37, dan kenderaan pacuan empat roda, 69, hanya cedera ringan.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement