Anda di sini

Filem ‘Kanang Anak Langkau’ di pawagam mulai 16 Mac

Advertisement

 The Iban Warrior’ merupakan filem terbaharu arahan Bade Azmi yang menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 16 Mac ini.  — Gambar Bernama

TAYANGAN PERDANA: Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi (belakang, tengah) bersama para pelakon filem ‘Kanang Anak Langkau’ pada Tayangan Khas di Panggung Golden Screen Cinemas (GSC) Ipoh baru-baru ini. ‘Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior’ merupakan filem terbaharu arahan Bade Azmi yang menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 16 Mac ini.  — Gambar Bernama

FILEM Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior yang mengisahkan perjuangan tokoh pahlawan negara iaitu Pegawai Waran 1, mendiang Temenggong Datuk Kanang Anak Langkau, bakal ditayang-kan di Malaysia dan Brunei pada 16 Mac ini.

Yang menariknya, watak Kanang dilakonkan oleh anak mendiang sendiri iaitu Linggi Anak Kanang selaku teraju utama serta beberapa pelakon popular lain seperti Adi Putra, Johan As’ari, Zach X-Factor, Adam Shahz, Livonia Guing dan Ruzana Ibrahim.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada para pelakon yang terlibat dan veteran-veteran yang membantu saya untuk melakukan kajian sebelum penggambaran,” kata pengarah filem Badaruddin Hj Azmi pada sidang di Kuala Lumpur media baru-baru ini.

Menurut sinopsis filem terbitan Zikri Mohd Dali melalui syarikat produksinya Tangan Seni Sdn Bhd, filem ini berkisar tentang Kanang dari kaum Iban, pahlawan etnik yang tinggal di kawasan ulu pedalaman Sarawak, di Pulau Borneo.

Kanang diajar oleh datuknya tentang selok-belok hutan sehingga beliau boleh membaca angin, mendengar nafas harimau dan singa dan mendengar degupan jantung.

TENTERA BRITISH

Tentera British yang telah mengetahui tentang kepakaran dan kehebatan Kanang mengenai hutan cuba menarik minat beliau untuk berkhidmat dan membantu menentang militan komunis.

Kerjaya Kanang dalam tentera bermula apabila beliau menyertai Rejimen Renjer Sarawak sebagai Iban Tracker, sehinggalah beliau menjadi Sarjan Mejar di Rejimen Renjer Ke-8 dalam Angkatan Tentera Malaysia.

Semasa pertempuran sengit di Tanah Hitam, Kanang telah ditembak sehingga beliau cedera parah, namun beliau terus gagah berjuang sehingga berjaya menumpaskan pengganas Komunis. Bernama

  • oleh
  • Advertisement