Anda di sini

Isteri maut disyaki dipukul suami

Advertisement

KUCHING: Seorang buruh kasar dari sebuah rumah panjang di Tg Rirang di Sri Aman, ditangkap selepas disyaki membunuh isterinya dalam satu insiden di rumah tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, lelaki berusia 36 tahun itu ditangkap selepas dipercayai memukul isterinya sehingga mati selepas pertengkaran berlaku antara pasangan itu sekitar jam 2.00 pagi Ahad.

“Kes itu disiasat sebagai bunuh dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mayat wanita yang dikenalpasti sebagai Stephanie Philip Remeo dari Rh Mathew Ayai, Kampung Putat, Sri Aman yang dibawa dari Sri Aman tiba di Hospital Umum Sarawak (HUS) sekitar 5.30 petang tadi.

Bedah siasat dijangka akan dilakukan pagi esok.

Berita lanjut dalam akhbar Utusan Borneo, 6 Mac 2017.

Mayat mangsa dibawa ke rumah mayat Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.
Mayat mangsa dibawa ke rumah mayat Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.
  • oleh
  • Advertisement