Anda di sini

Mula temui rentak

Advertisement
David
David

David puji persembahan skuad bimbingannya ketika tundukkan PKNS FC dengan 3-2 dalam aksi Liga Super

KUCHING: Ketua Jurulatih Sarawak David Usop memuji aksi skuad bimbingannya ketika menumbangkan PKNS FC dengan jaringan 3-2 dalam saingan Liga Super 2017 di Stadium Shah Alam, kelmarin.

 Menurutnya, pasukan sudah mula menemui rentak ” “ apabila bangkit daripada kekecewaan dalam perlawanan sebelum ini.

 “Kita berjaya memperoleh mata penuh dalam perlawanan ini di tempat lawan walaupun sebelum ini kita dikecewakan di laman sendiri.

 “Ini (kemenangan) membuktikan falsafah bola sepak yang cuba diterapkan sudah dapat difahami dan membuahkan hasil yang lebih positif selepas mengharungi enam perlawanan liga setakat ini,” katanya.

 Kej aya an i t u boleh disifatkan sebagai amaran awal kepada pasukan Liga Super bagi mengharungi baki musim 2017.

 David berkata dalam beberapa perlawanan kebelakangan ini, pemain sudah mula mempamer rentak cemerlang namun keputusan kurang memuaskan.

 “Kita dapat lihat pasukan memberi persembahan yang baik dan berjaya mengawal permainan namun hasilnya tidak berapa positif apabila kita tewas tipis dan sekadar menang tipis.

 “Tetapi saya dapat melihat perbezaan pada aksi semalam (Sabtu) kita menyempurnakan peluang di depan mata dan para pemain dilihat lebih matang dan bersedia untuk menjaringkan gol,” ujarnya.

 David mengakui pendekatan taktikal yang lebih padat dengan menutup banyak ruang kepada jentera serangan skuad bimbingan E.

 Elavarasan berhasil dengan baik.

 Katanya para pemain harus diberikan kredit dengan kejayaan ini sekali gus meraih tiga mata penting untuk bekalan pulang.

 Pada aksi terbabit, dua gol pantas daripada Mark Andrew Hartmann dan Mohd Hafiz Abu Bakar pada babak kedua membolehkan Sarawak selesa 3-1 selepas Lucas Espindola memadam gol awal Mateo Roskam namun jaringan lewat permainan Mohd Khairul Ramadhan belum cukup untuk menafikan kemenangan 3-2 buat pelawat.

 David mengharapkan momentum cemerlang pasukan dapat diteruskan pada perlawanan seterusnya apabila melayan kunjungan Johor Darul Ta’azim (JDT) di Stadium Negeri pada Selasa ini.

  • oleh
  • Advertisement