Anda di sini

Kim mati akibat agen saraf VX

Advertisement
 Anggota pasukan Hazmat menjalankan pemeriksaan di terminal KLIA2 di Sepang, semalam. — Gambar Reuters
TERKAWAL: Anggota pasukan Hazmat menjalankan pemeriksaan di terminal KLIA2 di Sepang, semalam. — Gambar Reuters

Mayat abang tiri pemimpin Korea Utara tersebut belum dituntut

KUALA LUMPUR: Keputusan bedah siasat ke atas Kim Jong-Nam mencadangkan mangsa mati setelah mengalami kelumpuhan yang amat serius akibat agen saraf yang membawa maut, menurut menteri kesihatan Malaysia semalam, ketika terminal lapangan terbang di mana mangsa dibunuh disahkan selamat sepenuhnya.

 Abang tiri pemimpin Korea Utara itu mati dalam tempoh yang amat singkat, tambah Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

 Malaysia mendedahkan pada Jumaat lalu bahawa mangsa yang berusia 45 tahun itu dibunuh dengan agen saraf VX yang amat berbahaya sehinggakan ia disenaraikan PBB sebagai senjata pemusnah besarbesaran.

 Polis masih menahan reman dua wanita yang disyaki menjalankan serangan itu, selain seorang lelaki Korea Utara.

 Mereka mahu bercakap dengan tujuh lagi warga Korea Utara termasuk seorang pegawai kanan kedutaan, tetapi empat daripada suspek sempat menaiki penerbangan keluar dari Malaysia pada hari pembunuhan.

 Dua wanita itu dilihat menyapu sesuatu pada muka Kim dalam rakaman CCTV serangan pada 13 Februari.

 Mangsa mengalami sawan dan mati sebelum sempat dihantar ke hospital.

 Agen saraf menghalang fungsi sempurna sejenis enzim yang bertindak sebagai ‘suis penutup’ tubuh bagi kelenjar dan otot.

 Tanpa ‘suis’ tersebut, kelenjar dan otot sentiasa terangsang, akhirnya keletihan dan tidak mampu meneruskan pernafasan.

 Subramaniam memberitahu wartawan punca kematian kini boleh dikatakan sah.

 Tempat kejadian iaitu terminal bajet Lapangan Terbang Antarabangs a Kuala Lumpur (KLIA2) telah digeledah kakitangan pertahanan awam dalam sut hazmat sepanjang malam s ebe lum di i syt iha rka n selamat.

 Polis menyita sebahagian besar balai berlepas Terminal 2 ketika orang ramai yang tertanya-tanya memerhati.

 “Penyitaan polis di tiga kawasan, lokasi serangan, tandas di mana dua suspek wanita mencuci tangan mereka dan laluan ke klinik lapangan terbang, telah ditarik balik,” kata jurucakap polis.

 Operasi berlaku hampir dua minggu selepas kematian Kim dan menimbulkan tanda tanya orang ramai.

 Pelajar Hariz Syafi q, 21, yang menunggu penerbangan domestik, berkata: “Ya, saya agak bimbang.

 Mengapa mereka tidak mengkuarantin lapangan terbang?” Kedua-dua suspek menegaskan mereka menyangka mereka menjadi peserta video usikan, walaupun polis mengatakan mereka mengetahui perbuatan mereka.

 Warga Indonesia Siti Aisyah, 25, dilaporkan memberitahu seorang diplomat kanan kelmarin bahawa dia dibayar cuma RM400 untuk tugas tersebut dan dia percaya dia diserahkan sejenis cecair mirip ‘minyak bayi’.

 Warga Vietnam Doan Thi Huong, 28, pul a memberitahu pegawai Hanoi bahawa dia telah diperdaya untuk membunuh Kim dan menyangka dia terlibat dalam usikan untuk video komedi.

 Timbalan duta Indonesia ke Malaysia Andreano Erwin, yang diberikan akses konsulat kepada Siti kelmarin, dilaporkan berkata suspek tidak mengenali Huong.

 Polis berkata, salah seorang wanita yang ditahan selepas serangan itu jatuh sakit dalam lokap dan muntah-muntah.

 Namun Erwin menegaskan Siti secara fizikalnya sihat manakala pegawai Vietnam menyatakan kesihatan Huong adalah stabil.

 Ketua polis negeri Selangor Abdul Samah Mat memberitahu wartawan satu siasatan sedang berterusan di sebuah kompleks pangsapuri di Kuala Lumpur yang ada kaitan dengan empat warga Korea Utara yang sempat melarikan diri.

 Beliau berkata, sampel dari alamat tersebut telah dihantar untuk analisis kimia.

 Seor ang lelaki yang dikehendaki untuk soal siasat dan masih berada di Malaysia ialah pegawai kanan kedutaan Korea Utara Hyon Kwang Song, yang menikmati kekebalan diplomatik.

 Korea Selatan mengecam penggunaan agen saraf VX itu sebagai pelanggaran jelas Konvensyen Senjata Kimia dan norma-norma antarabangsa lain, lantas menyalahkan Korea Utara atas kematian Kim.

 Setakat ini tiada ahli keluarga yang mengenal pasti secara rasmi mayat tersebut atau memberikan sampel DNA, tetapi pihak berkuasa telah berkata mereka masih menunggu.  — AFP

Advertisement