Anda di sini

Jalan penghubung di Ulu Niah dilanda banjir

Advertisement
 Sebuah kenderaan pacuan empat roda meredah jalan menuju ke rumah Belilie di Ulu Niah.
REDAH: Sebuah kenderaan pacuan empat roda meredah jalan menuju ke rumah Belilie di Ulu Niah.

Hujan lebat menyebabkan banjir di jalan penghubung berdekatan Sg Menuang Ulu Niah

MIRI: Hujan lebat turun sejak Jumaat lalu menyebabkan banjir kawasan jalan penghubung berdekatan Sungai Menuang Ulu Niah semalam.

 Pegawai Daerah Subis Husini Bakir ketika dihubungi mengesahkan jalan di Ulu Niah ketika ini dibanjiri dan hanya boleh dilalui kenderaan besar.

 Husni baharu sahaja meninjau keadaan banjir terbabit memberitahu keadaan masih terkawal.

 “Kita menerima laporan daripada rumah panjang Belilie iaitu air mula naik sejak awal pagi tadi (semalam) kerana hujan lebat.

 “Air membanjiri persekitaran rumah panjang terbabit, namun hanya setakat tinggi paras tangga sahaja,” katanya.

 Menurut Husni, rumah panjang Belilie dan Changgai dalam senarai kawasan terdedah kepada banjir di Ulu Niah.

 “Saya turut menerima laporan bahawa terdapat beberapa kawasan rendah di Bekenu seperti Kampung Menjelin turut banjir dan juga terdapat tanda air naik di kawasan Kampung Tiris.

 “Kita akan sentiasa memantau dan diharapkan kawasan yang terjejas dapat ditangani,” tambahnya.

 Bagaimanapun jelasnya, situasi banjir di kawasan Subis terkawal.

  • oleh
  • Advertisement