Anda di sini

Bantu promosi, pasarkan destinasi pelancongan Sarawak

Advertisement
 Lee (lima kiri) dan Gracie (dua kiri) bergambar bersama pengamal media dan pihak terlibat menjayakan penganjuran MCMF.
BANTU PROMOSI: Lee (lima kiri) dan Gracie (dua kiri) bergambar bersama pengamal media dan pihak terlibat menjayakan penganjuran MCMF.
__alt__

Swasta berperanan penting promosi pelancongan sekali gus tarik lebih ramai pelancong ke negeri ini

MIRI: Menteri Muda Pelancongan Datuk Lee Kim Shin berharap lebih banyak sektor swasta menggembleng tenaga dengan kerajaan negeri dalam mempromosi dan memasarkan destinasi pelancongan Sarawak ke peringkat antarabangsa.

Beliau berkata, sektor swasta memainkan peranan penting untuk mempromosi pelancongan Sarawak sekali gus menarik lebih ramai kemasukan pelancong ke negeri ini.

Kejayaan sektor swasta menganjurkan acara memainkan peranan penting untuk mempromosi Miri sebagai pintu masuk Sarawak di utara.

Justeru, kerajaan akan terus menyokong mana-mana sektor swasta yang mahu menganjurkan aktiviti mempromosi pelancongan negeri,” katanya berucap merasmikan Miri Country Music Fest (MCMF) di Parkcity Everly Hotel Miri, malam kelmarin.

Lee berkata, penganjuran MCMF yang memasuki edisi kelima pada tahun ini memainkan peranan penting dalam mempromosi pelancongan.

MCMF telah menjadi satu contoh kejayaan inisiatif sektor swasta dalam mempromosi pelancongan Sarawak melalui penganjuran muzikal antarabangsa,” katanya.

Acara MCMF turut disenarai di Kalendar Acara ASEAN50 membolehkannya diiktiraf sebagai acara muzikal antarabangsa.

Acara pada tahun ini turut mendapat liputan meluas daripada pelbagai media antaranya Rentak Sejuta, Selebriti Online, Dream Catcher, Asean Journeys, Media Indonesia dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Lee menambah, kehadiran pelbagai media akan membantu mempromosi Sarawak dan Miri ke serata dunia.

Sarawak masih belum diketahui di beberapa negara, justeru kita berharap kedatangan pelbagai pihak media di sini dapat menarik lebih ramai pelancong,” katanya.

Beliau turut berharap promosi secara dinamik dan usaha pemasaran yang berterusan khususnya melalui media digital ‘online’ dapat dilakukan.

Lee turut berterima kasih kepada Place Borneo dan pihak terlibat atas komitmen menjadikan MCMF terus berjaya menarik lebih ramai pengamal media tempatan dan antarabangsa untuk membuat liputan.

Hadir sama Pengasas dan Penasihat MCMF Gracie Geikie dan Pegawai Kanan Festival – Pengurus Besar Parkcity Everly Hotel Andrew Law, Pengurus Besar Acara MyMajor Tony Nagamaiah, Ketua Eksekutif MASwings Aminuddin Zakaria dan Pengarah Artistic Asif Pishori.

  • oleh
  • Advertisement