SERAMAI 28 mahasiswa termasuk dua daripadanya dari Vietnam dan Myanmar mengambil bahagian dalam penubuhan Misi Sukarelawan Siswa YSS-ASEAN di Rh Rawing, Beluru Bakong, Miri.
Majlis pembukaan program tersebut disempurnakan oleh Ahli Parlimen P220 Baram, Anyie Ngau.
Memperkenalkan Malaysia sebagai hub pendidikan yang melahirkan sukarelawan global merupakan salah satu objektif utama penubuhan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS).
Selain itu ia juga memberi ruang kepada golongan muda khususnya di kalangan siswa dan siswi menimba pengalaman dan memahami isu serta keperluan masyarakat luar bandar selaras dengan agenda TN50 yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Hadir sama adalah Pengerusi YSS dari Putrajaya Datuk Zuraidah Atan.