Anda di sini

Tiga rumah ranap

Advertisement
 Keadaan api yang marak memusnahkan salah sebuah rumah dalam kebakaran itu.
MARAK: Keadaan api yang marak memusnahkan salah sebuah rumah dalam kebakaran itu.
 Anggota Bomba dan Penyelamat Bintulu berusaha mengawal dan memadam kebakaran di Kampung Bagor Laut.
BERTUNGKUS-LUMUS: Anggota Bomba dan Penyelamat Bintulu berusaha mengawal dan memadam kebakaran di Kampung Bagor Laut.
 Keadaan tiga rumah yang musnah dalam kebakaran di Kampung Bagor Laut, Bintulu pagi semalam.
RANAP: Keadaan tiga rumah yang musnah dalam kebakaran di Kampung Bagor Laut, Bintulu pagi semalam.

   20 penghuni hilang tempat berteduh dalam kebakaran di Kampung Bagor Laut, Bintulu.

BINTULU: Seramai 20 penghuni tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran tiga rumah di Kampung Bagor Laut di sini sekitar jam 10.30 pagi semalam.

Menurut Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu Di-Hatta Gobel, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus dimaklum mengenai kebakaran itu.

Sejurus sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati api sedang marak menjilat rumah-rumah berkenaan.

Seramai 10 anggota memulakan kerja memadam serta mengawal kebakaran menggunakan empat aliran pam pili bagi mempercepat kerja memadam kebakaran,” ujarnya.

Secara amnya, jelas beliau, kebakaran melibatkan sebuah rumah kediaman separuh kekal terbakar kira-kira 80 peratus, manakala dua lagi rumah jenis kekal masing-masing terbakar 50 peratus.

Difahamkan, rumah berkenaan dimiliki oleh keluarga Zamhari Ahmad, Musa Awang Idris dan Fahwin Musa yang turut dihuni oleh lapan individu lain yang menyewa di situ.

Api berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira setengah jam kemudian iaitu sekitar jam 11.07 pagi.

Beliau menambah punca kebakaran serta anggaran kerugian ditanggung penghuni belum dapat dipastikan sementara menunggu siasatan terperinci.

Keluarga terjejas, katanya, tinggal sementara di rumah keluarga berdekatan sementara menunggu rumah baharu dibina kelak.

  • oleh
  • Advertisement